Pengembaraan aku ke Gunung Kinabalu ni kira2 setahun yang lalu...tapi memandangkan waktu itu aku pun lum start lagi blogging...thay why la sekarang baru nak update....bosan gak kan asyik duk cite pasal BIG BANG and Kpop memanjang...orang pun naik muak nak baca...tapi sebenarnya untuk aku x de muak mahupun bosan ....orang cakap kalu dah minat x boleh buat ape dah...huhhuhu...so aku cuba sedaya upaya untuk menggali balik pengalaman sepanjang pengembaraan tersebut. At least dengan perkongsian ni dapat membantu sesiapa sahaja yang berminat dan bercadang untuk mendaki Gunung Kinabalu nanti.
Semasa aku dah mula merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu ni...waktu tu aku tercari2 blog-blog yang menarik yang mane mereka yang pernah mendaki, berkongsi cerita serta pengalaman mereka tersendiri bagaiman mereka dapat menawan puncak yang tertinggi di benua Asia Tenggara ni....selain itu juga aku tercari2 tips yang berguna sebagai rujukan untuk pendakian aku nanti...dalam banyak2 blog, blog paling menarik untuk aku adalah blog SagaHayat...selain pengalaman dan tips, aku tertarik dengan cara pengisian dan penulisan yang terdapat pada blog tersebut...Lagi satu blog best adiman.net, blog ni memang kelakar habis!! sakit perut gelak~~pendek kata dengan merujuk blog2 tersebut ia telah menyediakan pelbagai pengisian untuk sesiapa je yang berhasrat untuk mendaki Gunung Kinabalu dan berkongsi macam2 jenis aktiviti kepada mereka yang berminat.
| Muka2 orang gagah yang nak panjat gunung...dari kiri (Ally, Bardz and Abg Din) |
Alhamdullilah...pada hari Jumaat 22 Julai 2011 penerbangan Air Asia yang membawa kami seramai lebih kurang 12 orang mendarat di lapangan terbang Kota Kinabalu Terminal 2...sampai juga aku kat bumi dibawah bayu ni...maklum la pertama kali sampai ke Sabah perasaan memang gumbira x terkata..sewaktu perjalanan kami ke tempat penginapan hujan lebat mengiringi kami disepanjang perjalanan....semasa dalam perjalanan Abang Din salah seorang ahli yang turut serta dalam expidisi ini asyik buat lawak bodoh untuk mengisi kebosanan kami...perjalanan panjang lebih ceria diiringi gelak-tawa ahli2 pendakian. Perjalanan yang agak panjang dan berliku ke tempat penginapan memang agak sikit menakutkan...kawasan yang berbukit dan cerun tambahan jalan basah akibat hujan memang membuatkan aku kecut perut gak...Alhamdulillah lebih kurang dalam pukul 5.30 petang kami selamat sampai di tempat penginapan...nama tempat penginapan dah lupa tapi kat area Kundasang...maklum la dah setahun berlalu duk cuba ingat x ingat2 gak(sindrom short term memory)....yang aku ingat tempat tu dikelilingi hutan semulajadi dan berhampiran bukit-bukau...tapi x yah risau, bila korang dah pilih pakej pendakian tu ade la mane2 tempat penginapan yang agen syorkan...janji selasa untuk beristirehat sebab esoknya pengembaraan lebih mencabar.
| Pemandangan indah Kundasang selepas hujan...dari tempat penginapan |
Pada 23 Julai 2011 kami memulakan ekspidisi menawan puncak Kinabalu, setelah tiba di Kinabalu Park, kami berkumpul dan mendengar taklimat berkaitan pendakian oleh guide kami iaitu Abang Richard serta pembantunya Abang Aji. Lebih kurang pukul 9.00 pagi kami memulakan pendakian...boleh dikatakan kumpulan kami antara kumpulan terakhir yang memulakan pendakian, waktu ni dah dikira agak lewat. Waktu paling sesuai dalam kul7-8 pagi. Sebab lagi awal kita start lagi awal kita boleh sampai ke Laban Rata, iaitu resthouse tempat penginapan sebelum menyambung pendakian ke puncak Kinabalu keesokkan paginya. Pendakian dari TimPohon ke Laban Rata jarak perjalanan lebih kurang 6km(boleh jd 8km kalu campur semua kita jalan dari tanah rata kat bawah). Semua ahli dalam group kitaorang memang dah bersedia dengan segala macam kelengkapan pendakian..so untuk mendaki Gunung Kinabalu ni ada beberape tips dan barang2 keperluan yang perlu disediakan.
| Tril map of Kinabalu Mount |
| Pemandangan berlatarkan Gunung Kinabalu |
| Sebelum nak gi menderita kat atas gunug tu..kite posing lu ketika masih larat.. |
BARANG-BARANG KEPERLUAN UNTUK MENDAKI
- Pakaian sukan - treak bottom&tshirt dah memadai dari Timpohon ke Laban Rata
- Jacket sederhana tebal - waktu dari kaki bukit ke Laban Rata, jacket x tebal sangat pun x pe
- Jacket tebal - untuk pendakian dari Laban Rata ke puncak.
- Kasut yang sesuai - tapak ada grip lebih sesuai untuk mendaki, sebab kalu hujan batu2 kat sana memang licin, pakai kasut sukan pun x de hal la...janji jangan pakai selipar!!
- Tongkat -sama ada tongkat yang memang dikhaskan untuk mendaki-boleh beli kat kedai2 sukan yang khusus untuk mendaki atau... pakai tongkat RM5 yang boleh dibeli kat Kinabalu Park...itu pun dah cukup baik, aku cukup berpuas hati dengan tongkat kayu aku....sangat berjasa...dari Laban Rata kepuncak x yah bawa tongkat...kalu bawak pun conpem korang baling bawah sebab menyusahkan!!
- Rain coat, dan rain cover bag (plastik sampah pun boleh) - untuk cover bag time hujan.
- Topi (snow cap) dan mafla - untuk tahan sejuk sebab waktu aku pergi cuaca kat Kinabalu memang sejuk dan musim hujan.
- Sarung tangan/gloves- kalu boleh sarung tangan kalis air...(nyesal aku bawa yang x kalis...habis basah...tangan kebas dan sejuk gilerr...T,T
- Payung - boleh gak bawak kalu rajin nak tambah beban kat badan...x pun bantai je jadi tongkat
- Makanan&minuman - air mineral,(x cukup leh isi masa kat pondok rehat, tapi kebersihan x terjamin walaupun katanya air terawat sakit perut tanggung sendiri) dan paling penting air isotonik tenaga macam redbull dan 100Plus..memang membantu...makanan untuk lunch Kinabalu Park ade sediakan dalam goodie bag yang diaorang bagi...x lupa juga bawa lah biskut2, coklat(cloud 9@kit-kat) dan energy bar untuk menambah tenaga sepanjang pendakian.
- Head lamp (torch light pun boleh tapi susah) - penting untuk mendaki dari Laban Rata ke puncak sebab pendaki dikehendaki memulakan pendakian seawal pukul 2 pagi...memang gelap-gelita!!
- Tangki oksigen...tu pun kalu rasa perlu (kalu selalu semput tu boleh la bawa)
- Lip balm-sebab bibir mungil mu memang konpem akan kering
- Amaltz yoko-yoko, minyak angin,minyak cap kapak, plaster,panadol, ubat tahan sakit dll kalu rasa perlu- kegunaan, mana tahu tiba2 sakit kepala, sakit kaki, sakit otot(harap x de yang sakit otak!!) atau sakit2 yang sewaktu dengannya...bawa jangan x bawa!! Jangan ingat diri tu macam kuat sangat kalu korang dah kat atas tu tahu la rupanya x de la kuat sangat pun....
- Knee guard - kalu agak2 lutut jenis 2nd hand tu baik bawak. Sampai satu masa korang akan rasa benda tu perlu...huk2 (nyesal aku x bawak...huk2..T,T)
- Warmer pad - ala2 dalam cite Korea tu la...untuk bagi tangan mu sedikit kehangatan..oowwhh sejuknye x terkata (penting untuk gentel2 waktu tidur...sebab kat atas tu mmg x de heater&boleh guna masa pendakian ke puncak)~~~
- Stoking - kalu boleh setebal yang boleh, yang orang pakai time2 salji tu lagi bagus..bawa beberapa pasang standby kot2 basah ataupun tetiba suhu mencecah tahap mcm nak beku pale otak...kaki tangan semua sejuk...huhu
- Jeans@cargo pants - walaupun korang ade bawa mesti x terfikir untuk bawa bersama time mendaki kan??...mesti tinggal kat bawah je kan...lebih baik bawa naik sekali!! pakai jeans/cargo pants paling baik masa pendakian dari Laban Rata ke puncak sebab kot2 korang tergelongsor masa memanjat batu..x pasal2 terkoyak seluar trek korang..ooowwhh malunye kalu terkoyak kat tempat x sepatutnye, mcm ne nak sambung pendakian?? so kalu boleh jeans@cargo pant yang selesa untuk dipakai bersama dengan trek suit kat dalam...sebab aku pakai 2 treksuit dan sehelai jeans (3 lapis)...sejuk punye pasal...jangan skinny jeans dah..kaki kecik dan ketat karang kan terkial2 lak masa nak mendaki!!
PENGALAMAN&TIPS PENDAKIAN
So pukul 9.00 pagi kami memulakan pendakian melalui Tim Pohon gate...terdapat 2 gate untuk pendaki memulakan peandakian...sama ada Tim Pohon atau Mersilau....Tim Pohon lebih sesuai untuk mereka yana baru pertama kali mendaki Gunung Kinabalu...ini kerana trek yang tersedia adalah lebih mudah dan tidak serumit Mersilau....daripada info yang aku dapat la trek Mersilau lebih susah dan memakan masa agak lama untuk pendaki sampai ke Laban Rata...kalau Tim Pohon dengan jarak 6km lebih kurang 5-6 jam pendaki dah boleh sampai ke Laban Rata tetapi Mersilau lebih kurang 8 jam lebih untuk sampai...tapi itu mengikut kemampuan dan kelajuan masing2...stamina setiap orang berbeza2...menurut pengalaman dari orang yang daki ikut Mersilau, pemandangan kat sana lebih cantik berbanding Tim Pohon...so tepuk dada tanya badan larat ke x larat~~~
| TimPohon gate..tempat masuk untuk memulakan pendakian |
| KM-1.0 masih bertenaga...posing lu, sematara masih larat ni setiap orang akan diberi tang nama dari pihak Kinabalu Park sebagai ID Card |
| 1st pondok rehat...Pondok Kandis..pondok ni je aku larat tangkap gambar..yang lain nak pegang kamera pun x larat dah!! kat sini boleh la nak tambah air&boleh buang air gak..toilet ade jgn risau. |
Tips yang paling berguna sebelum nak mendaki Kinabalu ni badan kena fit, tapi pendek kata fit mentally&phisically la...kalu boleh sebulan, 2 bulan sebelum mendaki baik lah exercise dan training..jogging ataupun naik turun tangga exercise paling bagus...kalu boleh banyak kan training naik turun tangga sebab panjat Kinabalu ni punye la banyak giler tangga...gi la panjat tangga Batu Caves kalu rajin sangat...x pun daki mane2 bukit belakang rumah kalu ade...dan aku lak pandai sangat, bagi tumpuan pada training naik tangga je...maklum la sebab kata pun daki gunung, so naik tu penting x fikir lak turun tu rupenya lagi penting...So kalu x nak menderita sewaktu turun mcm aku...training la turun tu dengan sebaik mungkin...Seawal pendakian cuaca agak baik, dan masih bersemangat untuk bergambar...X ingat sangat samapai kilometer ke berape hujan dah mulai turun...lebih kurang pukul 12.00 lebih hujan dah mula turun ...waktu tu masih renyai2 halus..dalam pukul 2.00 lebih je hujan semakin lebat waktu tu aku dah sampai kilometer-4 (pondok Layang-layang), nasib la sempat berteduh lu sebelum sambung balik perjalanan...kalu x memang teruk kena siram dengan hujan..dengan berbekalkan rain coat yang ala2 cam plastik sampah je tebalnya...plastik sampah lagi tebal...maklum la rain coat RM3 memang macam tu la...Tips paling berguna sila prepare rain coat yang ala2 nak wat rempit time hujan punye..boleh cover basah&x mudah koyak...Pondok Layang-layang ni lebih kurang dalam 2km lagi untuk sampai ke rest house Laban Rata.
| Tangga yg akan sentiasa menemani anda disepanjang pendakian..waktu ni lum hujan lagi |
| X habis2 dengan tangga...nampak tangga je mcm nak termuntah!! waktu ni selepas hujan~~ |
Disebabkan hujan, kitaorang tunggu pnye tunggu pun confirm x kan reda, so kitaorang sume pakat redah hujan je...Waktu tu Khairul paling depan dan 2nd Duvina, manakala aku ketiga...Dan yang paling kasihan group belakang, sebab waktu tu diaorang memang jauh dari pondok perhentian...dengar cite memang teruk kena hujan...hujan kawasan gunung ni lain macam skit ditambah tahap sejuk Gunung Kinabalu, memang mencabar mental dan fizikal...Tips berguna sila jangan tunggu kawan kalu nak daki gunung ni...kalu asyik duk tunggu kawan je confirm memang x sampai punya...sebab kalu kawan kau penat tapi korang masih boleh tahan..teruskan je perjalanan...itu lah yang guide kitaorang cakap...Pada aku, sorry aku x kan tunggu sesiapa dan x nak orang tunggu aku, sebab aku dah cakap pada diri aku...yang ekspidisi aku daki Kinabalu ni untuk mencabar diri aku sendiri...aku nak lepaskan semua permasalahan yang dah lama bersarang dalam diri dengan ekspidisi ini. Dengan kata lain gak kau dah bayar mahal2 x kan x nak tawan sampai puncak!! So dari kau sempat berteduh jadi la x sempat berteduh kalu tunggu kawan...pendek kata basah la bersama2.
Lebih kurang dalam pukul 5.00 petang aku selamat sampai ke Laban Rata...kalu x sebab berhenti rehat kat kat satu pondok perhentian, x silapnye Waras Hut (aku pun dah ingat2 lupe---esok2 korang pegi tau la pondok tu nama ape), kalu x rasanya dalam kul 4.00 lebih dah boleh sampai. Waras hut dalam 500m lagi nak sampai Laban Rata ....sebab hujan lebat, so berhenti sekejap ditambah lak dengan nak terkencing, sejuk+hujan+banyak minum air memang x leh tahan2 dah...cuaca x yah cite la sejuk sampai ke tulang sum2....pertama kali mengalami kesejukan tahap melampau dalam hidup aku...huhu...(waktu tulis ni tetiba rasa meremang bulu roma sebab teringatkan cuaca waktu tu...sejuk tahap kalu cakap memang kuar asap...cakap...asap...cakap...asap...dah macam orang hisp rokok lak!)
![]() |
| Posing lagi..posing senget ala2 model gitu..padahal pinggang sakit macam nak patah!! |
Kat belakang tu ex-bos aku lu(rujuk gambar diatas), yang lagi belakang aku x sure sangat sape...rasanya bukan guide kitaorang....sebab biasanya guide akan berada bersama orang yang paling belakang dan antara depan dengan tengah2...Masa awal2 pendakian je aku ade nampak guide, pastu x nampak sape2 dah...dunia pun seakan2 kelam cam nak pitam.... sebab penat punye pasal nak tengok kiri kanan pun x larat dah....tumpuan hanya diberikan pada badan dan minda aku yang dah x berapa nak stabil dah (ni kot orang cakap altitude sickness~~hoho memang mental block!!) Akhirnya dalam kul 5.00 lebih aku selamat sampai gak kat Laban Rata....wohhhuuu...happynyee~~~macam nak terus baring je diri kat lantai Laban sebab penat tahap gila babi!!! tapi x boleh sebab dalam restoran tu penuh dengan manusia yang datang dari pelusok mane pun aku x tau...nak cari meja tempat duduk pun susah, nasib jumpe Khairul terus duduk sama2...terus ceduk sup panas, teh panas dan makan segala macam dengan pelahapnya...walaupun taste makanan tu bukan taste aku tapi bedal je la..laparnye pasal...macam sebulan x jumpe nasi dah pelahapnye!!-- Tips paling berguna dari bawah sehingga ke Labab Rata--- jangan letak banyak barang dalam beg galas korang!! gile nak mampus beg aku berat...sakit bahu&belakang x soh cakap...tambah lutut pun dah start sakit!! masa mula daki rasa x de la berat sangat, bile dah makin banyak panjat tangga giler tetiba rasa berat...cam nak campak2 jer!!
Memandangkan tunggu punye tunggu masih ade baki seorang pesrta pendakian x muncul2 kat Laban Rata, iaitu Abang Din...dalam pukul 6.00 lebih dah dikira lewat sebab cuaca kat Kinabalu dah mula gelap...ini menyebabkan guide Richard agak kelam-kabut.... kot2 ade perkara yang x diingini berlaku keatas Abg Din...nasib baik seorang lagi guide Abang Aji terjumpe dengan dia semasa dalam perjalanan ke Laban Rata...rupa2nya Abang Din pi tidur kat Waras Hut yang tempat aku berteduh sebelum ni...katanye penat giler!! Paling aku x leh tahan tengok muka dia masa masuk tu macam orang dah separuh mati...ala2 zombie pun ade gak....giler kelakar kalah perempuan!! Sampai2 je "Wan tolong ambik air Wan"....nak guling2 rasanya...wakaka tu la jangan ckp besar sangat!!! Hanya baki 2 peserta je x berjaya sampai ke Laban Rata iaitu Ally&Badz...so kedua2nye tumpang bermalam kat pondok Layang-layang kat KM-4...Yang lain Alhamdulillah selamat sampai dan dalam kepenatan yang masih bersisa, kitaorang dikehandaki berehat lebih awal untuk menyambung balik pendakian ke esokannya...Nantikan episode kedua Kembara ke Gunung Kinabalu.....pengembaraan yang lebih mencabar..menguji mental dan fizikal serta jiwa raga serta yang membuatkan diri aku macam separuh gilerr!!!
