Thursday, 5 September 2013

LINKIN PARK : Living Things World Tour 2013

Asslamaualaikum...

Dalam kemeriahan Syawal yg masih belum berakhir, aku masih sempat meluangkan masa untuk tengok konsert rock band kegemaran aku ape lagi kalu LINKIN PARK...X kisah la orang nak kata pempuan pakai tudung join konsert rock!! yang penting aku x  mintak duit orang&x kacau orang....at least aku happy...bukan buat benda salah pun just nak gi listen&enjoy the music. Buat sesapa yg pernah drop by at my blog mesti ade pernah terbaca tentang kagum dan minatnya aku pada band ni...kalu x ingat leh klik kat sini

Untuk konsert kali ni, aku kuar agak lambat maklum la x de gang...tapi x pe LP punye pasal aku tetap pegi je...Memandangkan dah ambik leave dalam kul3 petang baru terkedek2 nak kuar, yang x best lak...hujan~~ x leh buat ape, dalam hujan sempat singgah sana singgah sini so dalam kul 4 lebih gak la baru sampai Stadium Bukit Jalil...tapi nasib la queu pun x panjang sebab hujan ramai gak yang lum sampai lagi...hujan2 time queu macam ni teringat2 lak masa queu konsert Big Bang tahun lepas, tapi waktu tu lagi dasyat sebab pepagi dah datang and berdiri je berjam2 lamanya.


suasana rock zone sebelum konsert bermula
suasana VIP zone...aku lak kat the pit zone tengah2 antara VIP&Rock zone
Sempat gak la borak2 dengan peminat LP datang jauh dari Sabah, dari muka diaorang macam pernah jumpa. Maklum lah LP memang ade peminat setia dari dulu lagi. Disebabkan dah familiar terus leh klik je dengan diaorang. Tapi sayangnya diaorang kat VIP Zone aku lak kat The Pit zone...at least sempat la borak2 cerita dahulu dan sekarang. Diaorang pun respect aku sebab sanggup datang sesorang semata2 minat punye pasal...aku pun kagum diaoarang sanggup datang dari jauh...cayalah!! that the spirit!! Dalam duk menunggu gate dibuka sempat gak tengok kelibat Mike dan member yang lain dibawa masuk mengikut gate yang kitaorang akan masuk...ape lagi semua dah nampak kereta yang ade Mike ape lagi jerit la bagai nak rak..termasuklah aku...hihi

Gate dibuka dalam pukul 7, tapi LPU mamber leh masuk lu...aku lak jadi mamber tapi sebab jarang log in x ingat password & x nak renew mamber card maka beli la sama macam peminat lain. Sebelum opening Linkin Park sempat memainkan promo video menggunakan lagu Powerless, Mike menyampaikan message mengingatkan kita tentang tentang sebahagian masyarakat dunia yang masih kurang bernasib baik dan x mampu menikmati power electricity dan masih hidup dalam kegelapan...video promo yang lebih kurang seminat je memang terkesan dihati. Inilah LINKIN PARK, seperti mana mesej disetiap music mereka bawakan boleh di'relate' pada setiap aspek kehidupan. Linkin Park menyatakan mereka menghasilkan music supaya setiap orang yang mendengar music mereka x akan merasa putus asa dalam hidup. Music mereka hari ni lebih membawa kepada message huminity dan mereka antara rocks band yang sentisa terlibat dalam kempen2&membantu mereka yang kurang bernasib baik...that very inspiring.

Anggaran peminat membanjiri konsert dalam 20 ribu, lebih kurang 5 ribu adalah peminat dari luar negara...zone VIP kat depan aku memang sesak&aku sempat nampak bebudak Bunkface dan Jin dari hitz.fm...atrist@selebriti lain x nampak lak.

jadi mamarazi jap...Sam Bunkface&the gang

Opening dimulai dengan Tinfoil music pengenalan studio album ke-5 Living Things. Antara lagu hits LP yang dipersempahkan malam tu antaranya Faint, Papercut, With You, Given Up, Somewhere I Belong, Point Of Authority, Breaking The Habit, New Devide, What I've Done, Leave Out The Rest, The Catalyst, One Step Closer,Waiting For The End, Mix Iredescent/Shadow Of The Day&Numb. Lebih kurang dalam 21 lagu dinyanyikan termasuk dari album Living Things, antaranya Victimized, Lies Greed Misery, Lost In The Echo, Burn It Down&Castle Of Glass. Lagu penutup untuk konsert malam tu adalah In The End&Bleed It Out.



Konsert yang berlangsung lebih kurang 2 jam ni...dirasakan amat pantas berlalu. LP x sediakan sebarang gimik, just menyanyi disepanjang konsert&di selang seli sekejap dengan sedikit kata2 buat peminat kerana masih setia menyokong mereka selama ni bermula dari Hybrid Theory sampai la sekarang Living Things...tersentuh gak hati aku. Even music diaorang dah berbeza sedikit dari 1st album, mereka lebih dewasa dan bereksperiman dengan berbagai sound but it's still LP music. Mereka lebih membawa music untuk hiburan dan memberikan kesedaran kepada peminat music khususnya dunia.

Ini adalah konsert rock so don't expect nak tengok fancy outfit, props or stage...just cukup untuk fan enjoy the music dengan sound system yang cukup baik dan suasana yang boleh buat peminat hype. Apa yang boleh aku katakan energy setiap band mamber LP memang hebat. Especially Chester yang mana nyanyian dia memerlukan vocal&jeritan yang power...vokal Chester memang penuh bertenaga&mantap...sambil berjalan&melompat ke kiri kanan stage supaya setiap peminat boleh melihat aksi dia dengan jelas. Mike juga x kurang hebat gak dengan rapping dan diselang seli bermain guitar&keyboard pada sebahagian lagu. Ape yang aku boleh katakan they all truelly artist.



oh Mike Shinoda ku...u are one of the most good looking rapper in music industry

Kuala Lumpur merukan last stop untuk World Tour 2013 ini...dan mereka akan balik dan memulakan preparation penulisan dan composed lagu2 baru untuk the next album...mereka minta peminat sabar menunggu untuk album baru yang akan datang. Konsert kali ni aku memang nantikan, selepas 10 tahun baru la LP kembali untuk konsert, walaupun sebelum ni aku dah jumpe Chester&Mike dalam event yang berasingan...tapi ia lebih  bermakna mereka datang sebagai sebuah band&perform...sewaktu LP datang 10 tahun lepas aku masih remaja riang ria, sekarang dah pangkat mak orang, the next 10 years ahead may be dah boleh jadi nenek kot...x tahu la tu pun kalu dah berkawen beranak pinak.



Rob dengan pukulan drumnya yang mantap.



Disepanjang konsert aku x henti turut menyanyi sama setaip bait lagu mereka...Ia amat berbeza dari konsert K-pop sebab x semua lyrics aku ingat, almaklum lah kekangan bahasa yang nahunya berbeza..tapi lagu English dah terbiasa bermain dibibir...so all lyrics aku tahu...habis konsert sempat lak kitaorang yang duk lepak2 kat dalam venue konsert dan sempat buat shut out 'We love LINKIN PARK' untuk rancangan hiptv(@tv9)...shut out tu dah pun kuar kat tv9 pada (24/8/13)...leh tengok kat tonton episode lepas dah, klik je HiptvEp32 ..aauuww glemer jap mak...!!!%&8$#@

Macam biasalah aku memang rasa 'sorethroat' lepas habis konsert...biasa lah kalu dah duk asyik menjerit je dari mula sampai akhir konsert tapi nasib la x seteruk konsert LP 10 tahun lepas...this year still under under control...ape pun i enjoyed the concert...hopefully LP akan datang balik even next 10 years aku still akan tunggu...InsyaAllah kalau masih di panjang umur.

Ape pun jom layan gambar yang sempat snap2...walaupun gambar x cukup cantik...but it's OK ini adalah dari lensa kamera aku sebagai peminat bukan professional cameraman.













Last pics diaorang sebelum tinggalkan stage...so sad;-(
 
Layan je Pics after the concert...the show in end.I'm enjoy every single moments here.

Thanks LP for keep accompany me all this years, your music such an inspiration&motivation for me from past, today, tomorrow and future.

muka kepuasan lepas konsert, sibuk duk menyanyi dari awal sampai akhir..
suasana lepas konsert semua duk sibuk bergambar.





bersama member2 yang diehard fan of LP
i'm enjoy it...their music meaning so much to me
ole-ole kenangan

liputan akhbar..Harian Metro
liputan akhbar..berita harian.