Assalamulaikum...
Agak malas gak aku nak mengupdate tentang trip tempoh
hari...maklum lah aku bukan la blogger tegar yang nak tulis semua macam...aku
bukan jenis dedikasi dalam buat sesuatu, kalu rajin baru buat x de la terbeban
sangat...buat masa ni pengalaman&kenangan kat sana masih segar dalam
ingatan.
Sambungan hari ke-2 bermula jam 9.00 pagi baru kami mula bergerak
keluar dari GH. Lokasi lawatan pertama kami adalah Namdeamun market. Keluar
agak lewat konon2nya nak budget masa tiba dengan kedai2 mula beroperasi.
Direction kami macam biasa bermula dari GH.
1. Namdaemun
Market
Direction: Subway dari HongikUniversity ambik (Line4-colour biru)-Hoehyeon station (exit 5)
Perkara
pertama yang aku buat kat Namdeamun adalah borong souvenier untuk bebudak opis
aku...nak cecepat sattle sebab x yah fikir dah just lepas ni nak beli barang2 tuk
diri sendiri je. Seriously kat Namdeamun market memang la barangannya
lebih bertpatutan berbanding tempat lain.
| kitaorang ikut exit-5...maybe ada lagi exit lain yang org guna |
| x silap...oppa tu ngah pasang bendera kat atas bumbung |
So kalu sesapa yang datang Korea kalu nak beli souvenier tuk kawan2 atau kaum kerabat better beli kat sini...sebab tempat lain maybe price sedikit pricy dari Namdeamun. Kalu nak lebih berbaloi beli reramai dengan kengkawan kat satu kedai...lebih senang nak nak dapat discounts
Dah lepas shopping souvenir untuk kengkawan...kitaorang bergerak kedepan lagi...memang waktu tu aku tengah cari t-shirt korea untuk aku dan kaum kerabat. Secara x sengaja jumpa la kedai yang Oppa tu tahu la cakap Melayu skit2 plus tahu lak cakap omputih skit2...dia memang dah terbiasa sangat dengan pelancong dari Malaysia...tu yang tahu cakap harga...tahu lak cakap cantik...besar...kecik dan ada la lagi perkataan dia tahu cakap...kat sini kedai yang tahu cakap omputih skit2 memang jadi tumpuan sebab kalu yang x tahu cakap memang susah nak communicate tuk bargain...mula la jadi bahasa ayam itik...Aku beli t-shirt kat kedai dia sebab kualiti lebih baik daripada yang jual berloggok tergantung kat luar. Kalu nak yang lebih murah boleh dapat dalam KWN10,000=3 helai, tapi aku beli yang KWN5000 sehelai tapi dapat la harga discounts KWN4000 sehelai sebab beli 6 helai.
| borong souvenier untuk kengkawan opis...time ni je la sempat snap gambar yang lain duk shopping dengan tangan pegang plastik barang memang x de mood la nak snap2 lagi |
Dah siap2 beli t-shirt kat kedai dia...tetiba lak dia duk pi bawa kitaorang ke kedai adik ipar dia yang jaraknya selang satu kedai dari kedai dia. Ape lagi kena la promote Running Man&barangan artist k-pop dari sekecik2 benda hingga sebesar2 benda, cuma x de jual album2 k-pop je. Lebih kepada barangan yang related to the korean artist...So dia yang memang tahu sesangat yang orang malaysia suka Running Man, maka aku terbeli la lagi t-shirt Running Man dan bebarang artist pujaan aku Big Bang...seerioous aku memang terlebih spend kat sini...ottokee?? T_T
Pesanan
dari penaja kuatkan Iman anda...sebab kalu bawak budget yang cukup makan memang
susah la...kalu ikutkan bawa duit seguni leh habis, macam aku ada jer terbeli
benda yang aku x budget nak beli. Ini gara2 serangan mental Oppa tu la yang tetiba bawa
aku&geng travel aku ke kedai adik ipar dia yang jual macam2 barang2
K-pop...x pepasal aku terbeli benda yang aku dah balik
fikir2 balik x beli pun x pe sebenarnya...waktu tu maybe sebab excited maka
terbeli la gak...time nak beli tu fikir...*ohh... x pe kat Malaysia susah nak
jumpe ni, kalu jumpe pun harga mesti mahal* nak sedapkan hati sendiri
katakan...maka buang la duit macam tu jer...huk..huk...damm!!
| waktu puncak...pelanggan semakin membanjiri pasar Nandeamun |
Sebenarnya
kalu diikutkan hati kitaorang nak stay lebih lama lagi kat Namdeamun
market...tapi memandangkan hari ke-2 kitaorang macam wat marathon sekeliling
Seoul jalan macam nak tercabut kepala lutut...so sempat borong ape yang patut
la...tu pun macam x pusing semua dan macam ade benda yang beli masih ade yang x cukup jerr...so cecepat la beredar kalu x nak buang duit
macam buang air...perlu diingatkan time shopping tu kena ada bawa sekali list
currency rate exchange leh belek2 tengok...tapi aku ni jenis x suka nak fikir
banyak dah suka aku rembat je...anggaplah KRW10,000 bersamaaan RM10..Walaupun
hakikatnya RM28.00++..;-( Ape pun tepuk dada pegang wallet anda, ada budget beli kalu x perlu tu baik lupakan jer...hehehe^_^
| sempat posing sebagai bukti aku pernah menjejakkan kaki kat Namdeamun |
Selepas awal pepagi datang menghabiskan duit, next kami bergerak ke Iteawon untuk melawat Seoul masjid yang terletak disana. till then stay tune for next location^ ^
P/s : Thanks for read this entry.