Sunday, 16 December 2012

KEMBARA KE GUNUNG KINABALU-Journey to Kinabalu Summit

Asslamualaikum....

Amaran: Entry ni mungkin panjang berjela leh wat orang nak muntah!!

Pengembaraan aku menawan Gunung Kinabalu masih belum berakhir. Pendakian perlu diteruskan dari Laban Rata ke puncak Kinabalu iaitu Low Peak, ia diiktiraf oleh UNESCO sebagai puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara. Sir Hugh Low adalah individu pertama sampai di puncak gunung tersebut bersama seorang penduduk tempatan dari kaum Dusan Kadazan yang menemaninya iaitu Gunting Lagadan. Beliau adalah gabenor British di Labuan pada era pendudukan British di Borneo pada 1850-an dahulu. Diantara puncak2 yang ada diatas Gunung Kinabalu, puncak tertinggi dinamakan Low Peak sempena nama beliau, dan sebuah rest house di namakan Gunting Lagadan rest house untuk memperingati jasa pembantunya.
Pose nagada2 dr Abg Din...ni je gambar yang OK dari Laban Rata lepasdinner..gambar lain sume blur sebab yang tukang tangkap gambor tangan mengigil sejuk!!
Lebih kurang pukul 01.00am aku dah pun bangun, mata masih terkebil2 terbaring kat katil...sememangnya malam tadi memang x boleh tidurr!! kesejukan tahap giler macam tidur dalam peti ais...aku rasa ini lah saat paling sejuk yang aku pernah aku alami dalam hidup ni...aku ingat waktu hujan dalam pendakian ke Laban Rata dah sejuk tapi ini beratus kali ganda sejuknya~~~memandangkan x de heater aku rasa menderita sangat2!! sewaktu tidur aku dah pakai 2 helai trak suit, 2 helai t-shirt dan sehelai jacket biasa dan jacket tebal..siap pakai topi dan berselimut...tapi sejuk ni memang bukan main2 punye...ini bukan sejuk biasa tapi sejuk kawasan pergunungan...ibarat ko tidur dalam peti ais kat tempat air batu tanpa selimut!! macam tu la sejuknya~~x tahu macam ne nak describe dah!! tahap nak menguap bukak mulut pun sakit...sebab mulut pun macam nak beku!! x silap sejuk ni dalam suhu dalam 1-3'c...warmer pad aku pun dah start keras balik...sekejap je boleh pakai pastu memang leh buang je wat tambah sakit hati aku ade la!! Aku berkongsi bilik 6 orang...2 orang pendaki dari Filipina...dan aku bersama Duvina, Anissa&Siti....diaorang pun sama gak x leh tidur sebab memasing sejuk...so semua pun tido-tido ayam jer!! Salah seorang dari pendaki Filipina tu x dapat join group dia sambung pendakian sebab tetiba demam dah...kesiannya~~

Ini salah satu contoh, kalu stamina x cukup kuat memang badan x dapat terima keadaan sebegini, akibatnya pendakian x dapat diteruskan...sebab daki gunung Kinabalu ni bukan kerje senang!! so pada sesapa yang duk cakap daki Gunung Kinabalu ni ibarat macam kacang jer...so baik ko gi try lu...macam kacang ke mcm biskut!! dan lagi satu nak tahu boleh tahan ke x gi daki time2 cuaca yang hebat macam ni...jangan pi time bukan musim hujan x cukup mencabar!!Aku paling benci orang yang cakap besar tp x de hasil tahu cakap kosong je!! so tuk orang2 macam ni get uf life guise!! i don't need people around me a very simple minded, if you not capable of doing that you should be positive and give moral support...channel your energy to others not mocking of what they are doing!! come and feel it urself!! Tips berguna jangan sebab kata2 orang lain buat kau patah semangat!! anggap tu macam nyamuk yang duk terbang kat telinga ko, pastu tampor je bagi mampus!! manusia ni kalu dah penuh dengan hasad dengki dia akan cakap ape2 je tuk jatuhkan kita, sebab dia x mampu buat dan sibuk duk menghasut orang lain!! ni la spesis manusia yang suka kawan dengan setan!! so jauhi orang2 macam ni sebab dia bermanis mulut kat depan korang je belakang ape x mengata!! haha... lesson for others and me as well.

Waktu tengah bersiap2 aku tetiba sakit perut dan terpaksa gak gi melepaskan  hajat (nervousnye pasal ni) waktu ni aku rasakan ni la rutin melepas paling tinggi dalam hidup aku...ade gak wat pelaburan tertinggi walaupun pelaburan ni memang x menguntungkan...hahaha~~sebelum tu aku dah berani kan diri gosok gigi dan cuci muka ala kadar dengan air paip yang macam ais kosong...so untuk ini aku kena beranikan diri untuk mencuci selepas hajat ku tertunai....wah giler selekeh!! weii ape yang selekehnya kalu x cuci tu lagi selekeh ape!! so sejuk pun tahan jer la x kan nak biar busuk macam tu!!

Memandangkan waktu tu keadaan agak kelam kabut dan dengan suhu yang teramat la sejuk aku memang x sempat nak tangkap gambar dah...dalam kepala ade terfikir gak "aku nak naik ke x ni??"...sebab aku terjumpa blk dengan Abang yang aku ade borak2 masa pendakian ke Laban semalam, katanya dia x nak naik sebab sejuk dan cuaca x berape baik ni memang bahaya...dan mengikut guide kami kalu dalam pukul 5.00 pagi masih lum sampai dan register nama kat pondok Sayat-sayat pendaki x boleh meneruskan pendakian...sebab dah lewat dan takut cuaca lebih buruk kat puncak... dalam delima gak la tp akhirnya aku buat keputusan tuk meneruskan gak niat aku sebab tujuan aku datang memang nak daki sampai ke puncak Kinabalu. Aku fikir aku akan daki sebanyak mana yang aku mampu dulu, kalu x dapat teruskan tu baru patah balik....sebab selagi kita x cuba, macam mana kita nak tahu keadaan kat sana dan kemampuan diri kita sendiri....pendek kata we ourself have to be positive...if other people cannot make it..it's doesn't mean you can't do it....one more thing i'm not coward!!

Berbekalkan pakaian 2 helai t-shirt, 2 helai sweter sederhana tebal, sweter tebal ala2 tuk winter, 2 helai track suit&jeans...pakai 2 pasang stoking, topi&head lamp...aku akhirnye nekad meneruskan pendakian. Pendakian dari Laban Rata bermula 3.15 pagi, kumpulan kami bermula agak lewat, sebaik2nya mula mendaki lebih awal berkesempatan menikmati suasana matahari terbit kat puncak...bila lagi nak tengok susana matahari terbit dari puncak tertinggi Asia Tenggara. Tips cara berpakain mengikut cuaca semasa gak...memandangkan cuca waktu aku pergi tu memang agak teruk aku terpaksa pakai banyak lapis pakaian...dengan ini aku istiharkan bahawa aku benci musim sejuk!! lantak gi mampus la dengan winter sonata ke pejadah ape....aku x suka dan aku suka cuaca tropika. Orang cakap excited nak tengok salji, untuk aku tengok dalam tv pun cukup la!! macam mane la orang yang hidup kat negara 4 musim agaknya...Alhamdulillah aku dilahirkan di Malaysia...bersyukur sangat2.

Pendakian ni memang mencabar, peringkat awal dari Laban Rata banyak melalui tangga kayu yang telah tersedia...dalam KM ke berapa dah aku x ingat aku dah kedepan, tinggalkan jauh kumpulan kami dibelakang. Aku dan Khairul berada dalam jarak yang lebih dekat berbanding yang lain. Guide yang sentiasa bersama aku adalah Abang Aji, mungkin kerana aku perempuan jarak dia dengan aku agak dekat...sesekali berhenti rehat ditepi tangga untuk minum 100 plus, tenaga macam kena charge!! bertenaga balik untuk mendaki...pendek kata 100 plus memang banyak membantu, amat lah disarankan bawa 100 plus serius memang betul2 berkesan!! panjat tangga mcm x reti nak habis ni memang buat  tenaga aku macam dah mengalir macam air kat longkang dah...nasib dengan 100plus ni tenaga boleh cover balik. Dalam pukul 5.30am Khairul, aku, Francis, Duvina dan Jebat orang yang terawal sampai dan mendaftar dipondok Sayat-sayat...yang lain masih berada dibelakang, aku memang x nampak muka diaorang dah...selepas ke toilet dan berehat sekejap Abang Aji cakap lebih baik sambung balik pendakian lebih awal sebab dengar cite cuaca kat atas macam x berapa baik...cuaca memang sejuk x terkata cakap je mulut memang berasap..hingus kuar dari hidung x berhenti2 dah...kat batu leh nampak serpihan ais2 kecil macam salji. Dengar cite Francis yang gi kencing belakang batu, air kencing dia boleh tetiba beku!! dalam pale tetiba fikir jahat..."eermm....nasib air kencing yang beku kalu benda lain tetiba beku x ke naya...hahaha...

Untuk sesapa yang sampai&register nama kat Sayat-sayat ni pun dah dikira sampai puncak dah boleh dapat sijil bercolour dari Kinabalu Park dah...yang x sampai dapat gak sijil tapi yang hitam putih x de colour..janji OK la dah penah gak jejak kaki kat Gunung Kinabalu even x sampai puncak pun...sama ada ko layak ke x layak dapat sijil tengok pd guide gak sebab kalu guide tu istiharkan ko sampai puncak maka dapatlah sijil berwarna dari Kinabalu Park....serius aku boleh cakap sama ada kita dapat teruskan pendakian ke puncak memang depends pd guide...ade yang memang nak tolong kite untuk sampai puncak...ade yang lewat sikit sampai Sayat-sayat dah x nak bagi sambung pendakian ke puncak...alasan sebab cuaca buruk OK gak boleh terima...tp kalu alasan biasa2 je memang x berbaloi la....kita dah datang dari jauh tapi x dapat naik sampai puncak...Aku pula dapat guide yang baik...katanya dia tengok aku bersemangat daki tuk sampai puncak tu yang menyebabkan dia ingin bantu aku...sangat terharu dengan kata2 dia.....jasa dia akan sentiasa aku kenang.

Kami menyambung pendakian yang masih berbaki dalam 500m untuk sampai ke puncak...waktu ni baru la mental dan fizikal aku benar2 teruji....dengan cuaca yang teramat sejuk pendakian ni dah banyak menggunakan upper body korang...waktu ni banyak pakai tali untuk mendaki...Alhamdullilah sebab badan aku bersaiz kecil maybe ringan aku mudah nak melantun diri aku keatas...aku x perlukan banyak pertolongan dari Abang Aji dia cuma memerhatikan kami naik keatas...Khairul dah semakin kedepan...aku x dapat saing dia sebab kaki dia yang panjang dan cara dia panjat dengan aku memang berbeza...tetiba waktu ni Jebat semakin dekat dengan aku...katanya dia hanya ikut cara aku panjat dan panjat tempat mana yang aku panjat...katanya nampak cara aku lebih senanng berbanding Khairul...maklum la kaki aku pendek memang dia nampak senang nak ikut....banyak kali aku berhenti sebab kepenatan...mulut ni x yah cakap la duk berpuluh2 kali tanya Abang Aji soalan yang sama...."jauh lagi ke Abang??"...."lum sampai lagi ke Abang??"..."dah sampai lum Abang??" walau macam mane pusing ayat ni tetap sama sama je bunyinya ni pendek kata ayat2 kalu ko duk kat bawah conpem banyak kali tanya kena makan penampar free je kat orang!! setiap kali dengar jawapan dari Abang Aji.."jauh lagi dik" ...giler aku rasa macam dah banyak giler aku mendaki ke depan tapi jarak tetap x dekat2 gak...naik hairan pun ade?? 
posing di KM 8...pics most taken on the way turun...
sebab waktu naik x leh pikir benda lain dah ..nak tangkap 
gambar haram sama sekali x larat!!!  sebab PENATgilerrr!! so lebih baik masa awal2 naik dari Tim Pohon lg korang tangkap gambar banyak2
nasib time OTW turun hujan x jadi turun...tapi keadaan berkabus
memang x nampak sunrise~~
posing maut ala2 titanic...kalu salah posing memang menempah maut!!
Sampai satu tahap aku hanya bergerak beberapa langkah ke depan je macam siput je slownye...memang x larat nafas tercungap2 penat x yah cite macam mane azabye....macam buat larian marathon tanpa henti....tarik nafas hembus nafas macam x cukup!! disusuli asap kuar dan air hidung pun x henti keluar2...mata perit perit sebab angin.....tangan kebas giler sebab glove basah pegang tali yang kena hujan....memang stress giler!!! nak menjerit nak menangis pun ade....T,T sampai satu tahap akibat aku terlalu penat dengan 100 plus aku tetiba lak tergolek jatuh ke bawah...aku berhenti terduduk sambil tertunduk begitu lama...macam2 fikir tetiba serangan altitude sickness datang balik...."pale otak aku dah start cakap..."aku buat ape kat sini"..."macam ne aku nak turun balik...kalu golek2 turun sah2 aku jadi arwah"..."x boleh jadi ni aku nak patah balik"...memang dah mental block!!! Abang Aji tanya boleh x ni...nak oksigen x?? dia tawarkan bekalan oksigen yang dia bawa bersama kat belakang beg galas dia...aku hanya jawab..."saya boleh Abang tunggu jap...tunggu jap...sambil menarik mafas hembus nafas"...fakta sains semakin tinggi kedudukan tekanan udara semakin berkurang... Alhamdulillah aku cuba meruskan pendakian tanpa menggunakan bekalan oksigen....disebabkan Abang Aji tengok semangat tinggi aku untuk naik puncak, sampai satu masa Abang Aji yang berada didepan memimpin tangan aku...adakalanya tarik tangan aku supaya aku lebih mudah bergerak dari celah2 batu....dia pandu arah ikut celahan batu yang sesuai untuk aku daki ...pendek kata dia berada dekat dengan aku disepanjang pendakian aku dari Laban Rata sampai ke puncak. Aku bersyukur dan terharu sangat2 pada guide aku , bermacam2 perasaan yang x mampu digambarkan.

Tepat pukul 7.15am akhirnya aku berjaya sampai di puncak Kinabalu iaitu Low Peaks bersamaan (4095.20m)dari paras laut...perasaan gembira  x terkata, tapi excited ini hanya sekejap giler sebab angin agak kuat menyebabkan Abang Aji kata x boleh lama2 kena cepat2 turun takut hujan lebat dan angin yang kencang memang bahaya...untuk itu aku hanya berada di Low peaks lebih kurang 1-2 minit je..tangkap gambar terus cepat2 turun, kebanyakan pendaki lain pun cepat2 cabut sebab risau dengan keadaan yang macam ni...x merasa nak lepak2 posing tangkap gambar la...sambil menikmati suasana matahari terbit...ambik gambar bermacam2 peak kat atas tu...malah biasanye ade orang boleh siap solat subuh kat atas puncak time cuaca baik, tapi dengan cuaca yang macam ni memang x de yang buat, kalu nak merasa experience2 tu boleh tapi ko kompem leh mati kesejukan kat situ...silap2 leh jadi arwah kat situ terus...aku x nak tempah maut so cepat2 cabut!!! Kiranya  memang x berkesempatan bergambar kat Dorkey Ear Peaks, South Peak, Tunku Abdul Rahman Peaks, Ugly sister Peak, King Edward Peak, St John Peak dan Alexandra Peak...sebab cuaca berangin dan berkabus memang agak bahaya untuk stay lama2 dan bergambar puas2 kat puncak....ruginya...tapi cuaca x mengizinkan~~
Nak cepat punye psl..gi bantai tangkap gambar sekali...Khairul 1st person sampai aku 2nd person...merangkap 1st pompuan yang sampi puncak...bangga pon ade!! anggap je mcm aku posing sorang kat situ...wahahaha
nice view of kundasang...waktu ni dah mampu tersenyum walaupun
penat lum habis lg...
pemandangan indah ciptaan Yang Esa...
bukan setiap hari mampu dinikmati
posing ala2 orang patah pinggang....
kalu tergolek jatuh ni...kompem arwah~~~
so pegang kuat2 pada tali yang disediakan
x de perkara yang lebih manis dan bermakna....bila kita mampu
melakukan perkara yang  mustahil untuk dilakukan...
yes i'm in my own league~~~
berehat menikmati suasana pagi bersama guide kami Abg Aji sambil makan apple di Kinabalu(apple Kerol..hehe)...so nice~~~ kepenatan yg amat berbaloi.. makan apple di Kinabalu memang terbaik
 dan kenangan manis ..Abg Aji jasamu tetap ku kenang..;-)
Disebabkan entry ni dah kira panjang berjela dan mengambil masa seminggu lebih untuk disiapkan, maka next entry adalah perjalanan turun dari Laban Rata rest house ke TimPohon gate....perjalanan yang lebih menyeksakan diri dari pendakian naik....see you in next entry!!


Thanks for read this entry.