MEMBURU HIDAYAH
Assalamualaikum...
Assalamualaikum...
Selamat datang 2013, Alhamdullillah penuh nikmat dan kesyukuran, kedatangan tahun baru ini aku masih lagi bernafas dan diberi ruang dan kesempatan dalam menempuh kehidupan dibumi Allah SWT ini. Tahun baru bermakna peningkatan dari segi usia...persoalan yang perlu ditanya juga pada diri aku sendiri sejauh mana amalan diri yang akan menjadi bekal di sana kemudian hari...Jawapannya masih belum cukup...sampai bila akan cukup?? antara persoalan yang aku tahu jawapannya tapi kadang kala sukar untuk diaplikasikan...mati tak mengenal usia, bukan yang tua sahaja akan pergi lebih awal kamu yang muda juga tidak akan terkecuali...antara perkara yang sering bermain diminda dan dalam diri aku.
Memulakan tahun baru ini akan aku kongsikan sebuah kisah iaitu pengalaman dan perjalanan hidup dari sebuah buku yang baru habis aku baca, bertajuk "Memburu Hidayah"...pada awal aku teragak2 nak membeli buku ni sebab antara dua, sama ada aku untuk membeli buku kisah mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad atau buku ni. Akhirnya aku membeli buku ini sebagai panduan juga menenigkatkan keimanan & kerohanian diri. Walaupun dalam hati terasa rugi kerana tidak membeli buku autobiografi Tun Dr Mahathir Mohammad yang selama ini aku ingin miliki, tetapi terbantut kerana harganya yang sebelum ini mencecah ratusan ringgit, sehingga puluhan ringgit dan sekarang harganya jauh lebih murah berbanding sebelum ini. Aku bermonolog sendiri... tak pe buku tu aku beli lain kali, harap waktu sale lain kali harganya masih seperti ini.
Aku akui..semakin meningkat usia aku teramat sukar untuk membaca bahan bacaan yang menuntut komitmen daya tumpuan yang tinggi. Kalau waktu belajar dulu aku meminati juga untuk membaca novel2 cinta...tapi selepas aku mula bekerja minat itu hilang dari hari kesehari. Walau aku baca pun, sebuah novel mengambil masa berminggu2 untuk dikhatamkan... Aku lebih suka baca buku seperti sejarah, autobiografi, unsur motivasi, majalah atau komik. Bahan yang tidak memerlukan aku menuntut daya tumpuan lebih untuk memahami suatu jalan cerita, memahami watak dan segala macam plot yang ada dalam sesebuah novel.
Walaupun perjalanan hidup aku tidak sesukar mana, tapi susah senang jatuh bangun aku hari ini boleh aku katakan tanpa sesiapa disisi aku, tapi aku bangkit dalam hidup tidak lain tidak bukan kerana Iman yang sentiasa menebal dihati dan Hidayah Allah SWT yang tak pernah hilang dari laluan hidup aku. Disebabkan itu aku memerlukan bahan yang membolehkan aku terus fokus seperti bahan berunsurkan motivasi serta kerohanian, samaada dari bacaan ataupun media elektronik seperti tv atau internet. Selain minat pada sesuatu berbentuk hiburan seperti music, variety program yang aku tidak boleh halang dan sembunyikan dari diri atau pandangan orang lain.
Buku yang menyentuh hati tentang perjalanan hidup seorang remaja berbangsa Cina yang beragama Kristian menyusuri liku-liku mengenali Islam, susah senang yang akhirnya mambawa kepada pengIslaman beliau pada usia yang teramat muda...Sukar untuk digambarkan beberapa kali aku menitis air mata kerana hidayah Allah SWT tak mengenal bangsa mahupun usia, dan semangat juang tinggi beliau dari awal pengIslaman beliau. Kesukaran yang ditempuhi beliau dari permasalahan keluarga hingga masalah kesihatan dan pandangan masyarakat hari ini kepada golongan mualaf memang menginsafkan.
Membaca buku ini membuatkan aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang Muslim, walaupun agama Islam ini seperti agama yang diwarisi dari keluarga tapi pada pandangan berbeza mengekalkan jati diri Islam sukar bagi mereka yang merasakannya sukar. Sentiasa ingat Islam adalah agama yang mudah untuk penganut yang tidak merasakan ia suatu beban.
Alhamdulillah aku punya pegangan agama yang kukuh walaupun aku adakalanya terlalai jua, tetapi hidayah Allah SWT senantiasa bersama aku...aku amat berterima kasih kepada kakak sulung aku yang ku panggil Kak Long yang telah mendidik aku dengan menghantar aku hidup berdikari di asrama dari usia 13 tahun sehinggalah tamat persekolahan ditingkatan 5. Kehidupan diasrama mengajar aku bukan sahaja berdikari mengurus diri dan masa malah membina asas kukuh sebagai seorang Muslim. Seawal pagi solat jemaah Subuh di Musalla sehinggalah kepada solat Isyak, disertai dengan bacaan Al-Quran, Yassin setiap malam Jumaat, berzikir munajat dan amalan Kiamullai dan banyak lagi, antara pengalaman yang membina asas dan Iman dalam diri aku sehingga hari ini. Walau diawal banyak perkara yang tak disukai sewaktu tinggal diasrama tapi akhirnya aku melihat dan menerima secara positif kehidupan remaja yang membesar di asrama suatu perkara yang aku cherished dalam hidup aku. Terima kasih tak terhingga kepada Kak Long.
| Antara kandugan yang terdapat dalam buku Memburu Hidayah |
Ia amat berbeza bagi mereka yang tidak dilahirkan dalam agama Islam, perjalanan mereka sukar dan penuh dugaan untuk mengenali dan menganuti agama Islam. Kalau nak dibandingkan mereka yang dilahirkan dalam Islam kita hanya diduruh oleh ibu bapa dari kecil untuk solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, kenapa perlu berpuasa? kerana inginkan upah duit raya pada hari raya nanti...ia seolah2 seperti disuruh tanpa mengetahui dengan jelas kenapa setiap umat Islam diwajibkan menunaikan semua amalan2 tersebut.Apa yang jelas kerana upah... Apa yang boleh disimpulkan kita sebagai bakal ibu bapa dimasa hadapan jangan hanya praktikkan teknik tengok dan ikut sahaja, tapi penjelasan yang kukuh supaya anak2 memahaminya. Takut2 hanya waktu kecil buat bila dah besar semua hilang entah kemana. Alhamdulillah proses kehidupan berdikari diasrama mebina jati diri menjadi seorang Muslim dan diri aku pada hari ini. Hidup berjauhan dari keluarga tidak menyukarkan aku, tanpa teman rakan terdekat atau keluarga aku boleh menguruskan hidup aku tanpa menyusahkan orang lain. Sebab aku yakin Allah SWT sentiasa bersama aku dengan Malaikat dikiri kanan aku.
Tidak perlu lah kita mengeluh meluahkan segala permasalahan untung nasib di Facebook, twitter atau segala macam sosial media...update status mengatakan kecewa dengan itu ini... mengadu itu ini di Facebook untuk bagitahu seluruh dunia kau tidak gembira atau kecewa....apa kesudahannya?? Mengadu pada Tuhan di sejadah minta pada dia...memohon berdoa pada Dia bukan pada orang yang reply status tertulis...kadang2 aku terfikir tidak malu ke mengadu nasib diri putus cinta, ditinggal kekasih hati...supaya orang lain tahu sedangkan tempat sepatut diadukan pada Yang Maha Berkuasa....Dia yang lebih tahu mengapa kamu diuji sebegitu. Sekali dua kali mungin accaptable tapi kalu berkali2 aku tengok memang annoying....mane maruah diri sebagai perempuan?? Kalau peringkat awal kerana kita kecewa dan bersedih...itu adalah lumrah. Jadi belajar untuk menerimanya...ape pun terpulang pada diri masing2..tepuk dada tanya selera. Alhamdulillah aku sentiasa mengingatkan diri aku jangan berbuat begitu dan daripada mengadu untung nasib ada baiknya berkongsi perkara2 yang aku suka dan membuatkan diri aku gembira...I'm always remind myself, please do not show to people how pathetic you are... but show to the people how strong you are!!!
Tidak perlu lah kita mengeluh meluahkan segala permasalahan untung nasib di Facebook, twitter atau segala macam sosial media...update status mengatakan kecewa dengan itu ini... mengadu itu ini di Facebook untuk bagitahu seluruh dunia kau tidak gembira atau kecewa....apa kesudahannya?? Mengadu pada Tuhan di sejadah minta pada dia...memohon berdoa pada Dia bukan pada orang yang reply status tertulis...kadang2 aku terfikir tidak malu ke mengadu nasib diri putus cinta, ditinggal kekasih hati...supaya orang lain tahu sedangkan tempat sepatut diadukan pada Yang Maha Berkuasa....Dia yang lebih tahu mengapa kamu diuji sebegitu. Sekali dua kali mungin accaptable tapi kalu berkali2 aku tengok memang annoying....mane maruah diri sebagai perempuan?? Kalau peringkat awal kerana kita kecewa dan bersedih...itu adalah lumrah. Jadi belajar untuk menerimanya...ape pun terpulang pada diri masing2..tepuk dada tanya selera. Alhamdulillah aku sentiasa mengingatkan diri aku jangan berbuat begitu dan daripada mengadu untung nasib ada baiknya berkongsi perkara2 yang aku suka dan membuatkan diri aku gembira...I'm always remind myself, please do not show to people how pathetic you are... but show to the people how strong you are!!!
Pada aku hidup jatuh bangun ni..kau gagal berkali-kali pun itu hanyalah sebahagian ujian kecil dari Allah SWT...Dia uji kita kerana dia sayangkan kita dan Dia ingin kita belajar dari kegagalan. Dia ingin kita supaya senantiasa mengingatinya. Walaupun aku pernah gagal percintaan dengan seorang lelaki berbangsa Cina, bukan sebab untuk aku membaca buku ini kerana kisah dari seorang mualaf berbangsa Cina, tapi kerana kekaguman aku terhadap semangat beliau untuk mendalami Islam. Kadang2 aku tertanya kenapa aku yang lahir dalam Islam kadang kala seperti acuh tak acuh dalam melakukan sesuatu perkara?? Adakah kerana aku memang sudah dilahir dalam agama ini, aku tidak cukup menghargai dan mengambil jalan mudah. Manakala mereka yang bersusah payah mengenali dan bertukar status menjadi Muslim lebih menghargai dan bekerja keras untuk menambah baik diri... Ambil lah berbagai contoh, semangat dan perkara baik dari mereka jadikan ia sebagai panduan dan dorongan untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik dari hari ke hari....InsyaAllah
Ini bahan bacaan Ilmiah dan kerohanian yang bagus dan disarankan untuk anda milikinya. Mungkin ia telah lama berada dipasaran, dapatkan di kedai2 buku berhampiran seperti MPH Bookstore atau Popular Bookstore. Banyak aspek yang disentuh dalam buku ini...Wah tetiba jadi prometer buku lak...pada aku perkara baik dan bermanfaat sememangnya patut dikongsi dengan masyarakat...Perlu ditanamkan pada diri sebagai Muslim hidayah ini perlu diburu dan dicari bukan ditunggu...hidayah tidak perlu ditunggu seperti bulan jatuh ke riba...malah hidayah jua bukan untuk diwarisi...Alangkah bertuahnya insan seperti saudara Eh Jun Guang mendapat hidayah Allah seawal usia yang masih muda.
Masih ternyiang2 nasyid yang aku pernah nyanyikan sewaktu zaman persekolahan dulu dari kumpulan Raihan bertajuk Iman Mutiara...
Masih ternyiang2 nasyid yang aku pernah nyanyikan sewaktu zaman persekolahan dulu dari kumpulan Raihan bertajuk Iman Mutiara...
"IMAN TAK DAPAT DIWARISI...DARI SEORANG AYAH YANG BERTAKWA...IA TAK DAPAT DIJUAL BELI...IA TIADA DITEPIAN PANTAI....WALAU APA PUN CARANYA JUA, ENGKAU MENDAKI GUNUNG YANG TINGGI... ENGKAU MERENTAS LAUTAN API NAMUN TAK DAPAT JUA DIMILIKI, JIKA TIDAK KEMBALI PADA ALLAH"
Aku bukan manusia yang cukup alim dan baik untuk melontarkan nasihat pada orang lain. Pada aku, aku perlu perbaiki diri dan membimbing diri aku sendiri sebelum aku sibuk menjaga tepi kain orang lain...Adanya hidayah, Iman pun turut bersama dalam diri kita....Sentiasa ingat Allah Swt...Dia akan sentiasa ingat kita...Amin...InsyaAllah
Kerana itu aku cukup pantang kalau orang suka bercakap perkara baik atau tak baik aku buat...apa perlu dan tak perlu aku buat....kalau keluarga aku tak melarang orang lain tak perlu sibuk jaga tepi kain aku....kalau aku tak cukup sensitif pada suatu perkara itu masalah diri aku...mungkin aku terlalai atau tersilap and i know where I am and where should i'm improved...dan orang lain tak perlu manjadi hakim dunia nak judge diri aku...Perbetulkan dan perbaiki diri anda terlebih dahulu...orang terdekat dengan anda, sebelum sibuk tentang hal orang lain yang jauh dari anda. Aku bukan perempuan tak betul atau minah rempit yang perlu dibimbing...aku tahu aku berada dilandasan yang mana. Wassalam Peace no War >_<
Kepada insan bernama Eh Jun Guang@Adam serta sahabat anda bernama Mohd Afiq dan individu2 disamping anda...teruskan perjuangan mulia kalian dengan berdakwah dan semangat yang ditunjukkan anda amat saya kagumi. Wassalam
Thanks for read this entry.
No comments:
Post a Comment