Sunday, 17 March 2013

MATTA Fair 2013

Assalamualaikum....

Tetiba tangan rasa gatal nak update blog...huhu ^ ^ memandangkan next month aku nak travel, so aku dengan mamber merajinkan diri menapak ke MATTA Fair 2013...tuk yang sedia maklum MATTA fair ni sememangnya acara tahunan. So tuk travelholic atau mereka yang pasang niat untuk travel dengan harga yang menarik memang berbaloi untuk gi survey mana tau kot ade yang berkenan. Ni sememangnya acara yang wajib dihadiri, waktu ni pakej travel sememangnya jauh lebih murah berbanding harga biasa. 


Niat asal nak dapatkan info tentang trip ke Korea next month dan nak usha2 kot2 ade ke pakej yang murah untuk ke Surabaya+Mt Bromo sunrise...tapi pakej yang ade plak terlalu awal sampai bulan June tempoh promo, aku nak cari tempoh travel yang valid within setahun...tapi pendek kata sememangnya teramat la ramai umat manusia yang berkunjung ke MATTA Fair ni...

Member yang berniat ke Jepun pun x jumpe pakej yang bersesuain memandangkan dia plan untuk gi dengan geng2 travel dia...so almaklum la kalu dah x nak join group lain memang la kena bayar lebih idokk?? x boleh salahkan dia gak sebab ade geng perangai budget macam tuan puteri...nasib la kan...tuk aku lak aku x kisah join sesapa yang penting aku nak dapatkan pakej yang murah dalam within my budget.

Salah satu booth yang menjadi tumpuan pengunjung....
sempat gak ambik gambar Hanbok...
sempat mengedikkan diri bergambar di booth Korea inspired...berlatar belakangkan K-pop artist
Pendek kata aktiviti sepanjang hari pusing...pusing dan pusing kutip phamplet&brochures...segala ape yang orang hulur main ambik je...naik lenguh kaki tangan dan paling x bolek tahan pusing nak cari pintu keluar je ade dalam setangah jam...dem!! x perasan lak pintu masuk x sama dengan pintu keluar...hampeh!! 

Ape pun jangan risau kepada mereka kat luar yang x berkesempatan untuk berkunjung ke MATTA Fair kali ni...sebab bulan September nanti MATTA Fair akan kembali lagi....huhu. Ape pun dapat lepak&borak2 dengan kawan sekepala memang best...sembang2 pasal K-pop...Big Bang, Running Man, konsert, travelling, etc....huhu ^ ^







Nantikan the next MATTA Fair....September 2013


P/S: Thanks for read this entry^ ^

No comments:

Post a Comment