Sunday, 26 May 2013

Annyong Haseyo Seoul : Day 2 - Myeongdong

Assalamualaikum...


Sebelum nak sambung cerita tentang trip tempoh hari ke Korea, kat sini aku nak buat sikit quick update...sape kat sini peminat tegar Running Man?? mesti ramaikan mereka2 kat luar sana peminat setia Running Man. Kalu sape x tahu ape tu Running Man?? maybe dia tu kiranya kurang mengikuti variety show dari Korea that y kurang tahu...tapi ni untuk mereka yang sememangnya dah tahu dan minat dengan Running Man, dan peminat setia Sparta Kook ade berita baik untuk anda kat luar sana....taadaaa

cepat2 jangan lepaskan peluang..showcase Kim Jong Kook kat MALAYSIA for the 1st time
Kalau nak diikutkan hati macam nak pegi sesangat even aku bukan lah bias Jong Kook dalam Running Man...tapi rasa bersalah plak sebab aku bukannya minat dia sebagai penyanyi tapi sebagai MC dalam variety show...hhhuuurmm Lagu dia pun berapa kerat je aku tahu...kalu la Jea Suk@Kwang Soo yang datang nak je aku gi meroyan jumpe diaorang...huhu.


Myeongdong

Ok lah sekarang sambung balik perjalanan dihari ke-2, lokasi terakhir ke Myeongdong...kami ke Myeongdong dengan menaiki bas no.5 dari Namsan Tower.

leh rujuk kat sini bus no.5


So memandangkan sehari suntuk berjalan perut x yah cite memang lapar giler...so aku dah study sesikit tempat yang boleh kitaorang makan kat area Myeongdong..iaitu Hea mul@seafood. Kedai ni mengajikan makanan seafood x silap aku sajian tu namanye nak.chi bok.kum kalu melayunya lebih kurang sambal sotong. Seriously agak pening nak cari lokasi ni sebab sign board dia semuanya in Hangul. Direction yang aku print dari internet pun x clear sesangat. So aku ajak bebudak travel ni ikut dan redah dan agak2 je la...so they all just follow my instincts.


Alhamdulillah berpandukan instincs aku yang agak2 betul x betul aku decide ni  lah kedainya...semuanya berpandukan poster kat luar kedai tu...sebelum tu direction untuk ke area kedai ni lebih kurang macam ni je.
  1. ambil lorong depan dengan shopping complex SPAO 
  2. Then masuk satu lorong kecik kat sebelah kanan (sorry x ingat lorong ke kanan no berapa...)
  3. lepas masuk lorong tu jalan straight je
  4. then follow je macam gambar kat bawah ni, tengok dari luar maka itu lah kedainya...tempat tu memang dekat area simpang 4...GOOD LUCK!!


ini adalah kedai nya di tingkat-2..tengok kat atas tu ada gambar seafood...kedai ni famous sebab banyak station tv pun penah datang..MBC,SBS,KBS dan chanel2 lain
kedai hea mul@nak chi ni sebelah Artbox kedai accesories
panduan penting gak ..kedai ni dekat dengan area simpang 4.
kalu berdiri berhadapan depan kedai akan nampak cafe ni...sebelah kiri sebaris kedai ni.
kedai cosmetics product Nature Republic bertentangan
dengan kedai Hea mul@Nak chi ni
Alhamdulillah tekaan aku memang tepat...diaorang semua memang depend pada aku sebab they all have no idea about this place also semua pon tengah lapar...so sebab aku dah buat skit study tu yang boleh agak sikit2. Dah tanya kat kaunter depan maka kami semua terpaksa tunggu sebab customer ramai sangat time dinner...lebih kurang 15 min baru la dapat masuk.

ni menu dia...kalu masuk tengok menu macam ni betul la ni adalah kedainya
menu yang tersedia...tapi x tahu baca aku just cakap nak nak-chi bok kum...kye.ran-tchim(steam egg) dan pap (nasi putih)...sidedish yang tersedia salad&sejenis ubi jeruk yang sememangnya sedap x terkata...

tada...this is our dish...yum..yum memang sedap hingga menjilat jari
ekceli aku x boleh makan pun daun pudina tu...sebab sotong tu jer  sampai nak mendidih kepala otak  sebab pedas sangat!!
seriously memang pedas giler sotong ni...makan sampai berpeluh bagai  siap air hidung semua pun keluar...memang  pedas giler even order yang normal spicy jer...
orang Korea memang obses dengan makanan pedas...pedas pun ada level tertentu...dinasihatkan kalu x tahan pedas tu order je la yang biasa punye...kiran yang normal spicy je...sebelum makan tunggu dulu sotong tu masak ya...
excited betul nak makan ni^ ^
Ekceli aku x shopping ape2 pun kat Myeongdong ni, just dinner je sebab aku dah plan nak datang balik sini sementara aku akan spend 2 hari lagi kat sini. Pada pandangan aku area Myeongdong dipenuhi fasyen2 terkini untuk muda-mudi, suasana dan vibe tempat ni memang kena dengan citarasa aku berbanding dengan Namdeamun. Sebab Namdeamun ni lebih kepada market yang aku ni memang x suke tempat yang terlampau crowded. Myeongdong pun still crowded tapi atmosphere dia lebih ok. Kat sini gak ada satu shopping centre underground. Yang tu aku jumpe sebab otw nak gi toilet so sempat la jenguk2 kedai yang jual CD K-pop..huhu alamaknya ibarat buku bertemu ruas la jawabnya. Aku memang dah target datang Korea nak beli beberape CD/DVD yang baru je released sebab dah survey harga kat Msia memang la mahal..biasalah dah nama pun kat homeland, kalu nasi lemak kat Msia memang la murah cuba ape kalu makan kat Landon x ke mahal.

Dah siap makan&sempat lagi cari toilet lagi tinggalkan khazanah sikit...sebab sakit perut makan sotong pedas punye pasal memang x tahan. Untuk orang yang x tahan pedas macam aku disarankan x yah makan, lagi tuk orang yang allergic seafood cari lah alternatif lain. Pada aku pedas pun aku belasah je...lepas makan kitaorang just duduk2 tunggu yang lain sebab masa pun dah x banyak nak kena gerak balik ke GH.


sambil lepak sempat snap gambar..cube tengok  apekah faktor aku snap gambar ni??
huhu x lain x bukan...BIG BANG

moh la kita kembali ke pangkal jalan....
balik GH dengan subway plak

Direction dari Myeongdong ke Hongik Universiti
  1. Dari Myeongdong station from exit 6 ke 
  2. Dongdeamun History&Culture park(transfer)
  3. Transfer Hongik University line-2 colour hijau
  4. exit-1
Dah sampai guest house pengsan...terus ZZZZzzz...sambung next entry untuk hari ke-3.




P/s : Thanks for read this entry.


No comments:

Post a Comment