Assalamualaikum...
Dari entry sebelumnya aku dah ceritakan perjalanan kami dari pasar Namdeamun mula bergerak ke Iteawon
Iteawon (Seoul Masjid)
Direction : from (Line4-colour biru)-Hoehyeon station---Samgakji (transfer) ke line Bonghwasan colour coklat --- Iteawon (exit-3)
Waktu kami tiba kat Iteawon, waktu tu adalah hari Jumaat(19/04/2013) dan ramai golongan lelaki Muslim yang tinggal kat Korea baru selesai solat Jumaat, dan dalam perjalanan pulang ke destinasi memasing. Jalan menuju ke masjid agak sibuk, selain jalannya yang agak berbukit sememangnya mencabar diri, terutamanya kaki dan lutut. Ibaratnya nak tercabut kepala lutut ditambah dengan berat dengan bawa barang shopping lagi.
 |
| jalan yang memang berbukit...adoii sakit lutut@,@ |
Masa dalam perjalanan tu memang boleh tengok macam 2 colour masyarakat Islam keluar dan sama2 berkumpul pada satu tempat. Bukan setakat orang Malaysia, malah muslim dari negara Arab dan muslim Seoul turut berada di situ...sebagai seorang muslim memang cukup berasa bangga, agama Islam juga terpelihara di kota Seoul. Walaupun populasi masyarakat Islam di Korea bukanlah besar tapi ia cukup bermakna sebab secara x langsung syiar Islam turut tersebar dinegara yang cukup maju dan dihujani dengan populariti music K-pop ini.

 |
| Seoul Masjid...syiar Islam bertapak dibumi Korea |
 |
| sebahagian Muslim di Seoul...berbagai2 kaum berdiri diatas satu iaitu syiar Islam |
 |
| suasana didalam masjid...ruang solat wanita diatas |
Masa yang diluangkan kat Masjid seoul x lama, sebab kami perlu bertolak ke Namsan Tower plak...selepas makan tengahari bekalan yang dibawa kami terus bergegas solat Zuhur dan bergerak ke next location.
Seriously aku agak kecewa sebab x sempat menikmati suasana Iteawon, malah x sempat nak menikmati makanan kat restoran halal yang terdapat disitu T,T Ini adalah kelemahan bila kita bergerak dalam kumpulan yang besar serta schedule lawatan yang tight. InsyaAllah umur panjang&rezeki lebih nanti aku akan berkunjung semula kesini.
 |
| halal food mart...leh la kalu ngidam nak makan daging halal kat Seoul...tapi mesti mahalkan untuk dapatkan bekalan daging halal...not sure?? |
Namsan Tower
Direction : Bus stop depan Hamilton hotel naik bas no 3---Namsan Tower
 |
| Leh rujuk route bus no-3 kat sini |
 |
| jumpe GD berhampiran bus stop kat depan Hamilton hotel...cosmetic shop THE SEAM^^ |
 |
| posing sebagai bukti dah pernah sampai Iteawon |
Macam biasa la naik bas ni pun ke guna T-money gak, masa naik touch sekali&masa turun pun touch gak...harga berapa aku x ingat sebab x tengok sangat sebab penat x terkata...bersambung next entry untuk Namsan Tower.
P/s : Thanks for read this entry. |
No comments:
Post a Comment