Wednesday, 23 April 2014

My Journey to Mount Bromo -Part 2

Asslamualaikum..

Day 2: Kawah Bromo@Bromo crater 

Masih dihari yang sama, selepas menikmati sunrise di Penajankan, jeep membawa kami ke Gunung Bromo secara lebih dekat. Kali ni kami akan mendaki tangga untuk melihat secara dekat kawah Gunung Bromo. Harus diingat gunung ni masih aktif. 

Bila dah tiba tu macam biasa gak la jeep lain dah banyak diparking kat situ. So aku dengan husband&wife dari Jakarta tu dah awal2 plan x nak naik kuda sebab budget bagus. Ingat larat la nak menapak ke atas...kami dah di offer oleh pengembala2 kuda kat situ untuk dibawa oleh kuda naik keats. Tapi dengan berlagaknya kitaorang tolak.


dalam jeep on the way ke kaki gunung Bromo
sukar diungkapkan...view memang cantik...Subhanallah indahnya ciptaan Allah swt

Ambik kau...dah separuh pendakian lutut dah mula sakit2, nafas dah mula tercungap2...penat mula terasa. Last2 dengan muka x malunya naik gak kuda yang dah membontoti kami dari tadi...Ape nak malunya aku bayar kot...hahaha. Lagipun tenaga boleh disimpan untuk buat panjat tangga ke atas nanti.

Bukan ape dah separuh jalan ni boleh la nego harga kuda murah sikit. Kalu naik awal2 dari bawah harga dalam RP145,000 siap dengan return tau. Disebabkan aku dah jalan separuh perjalanan,aku dapat nego harga RP60,000 je. Mula2 bapak yang bawa kuda tu x nak, last2 ok gak. So tips sini dah siap hantar naik atas kat area tangga tu jangan bayar lagi, turun nanti baru korang bayar kat bawah. Sebab kalu korang bayar awal2 nanti kudanya kemana tuannya entah kemana..x ke rugi tetiba kena jalan kaki sendiri turun.

Apepun jom layan gambar...





memang azab la nak sampai atas ni.
Menempel cam nak mintak sedekah lak
kalu jatuh kat bawah tu memang jadi arwah...lauk masak gulai kawah...hahaha

Last but not least...overall berpuas hati dapat layan sunrise dan tengok kawah Mount Bromo ni.
Even penat sikit tapi berbaloi la...bukan selalu tengok pemandangan gunung berapi ni...balik Msia dah x de chance. So dah habis jalan2..panjat2...sembang2 dapat juga berkenalan dengan tourist dari negara lain memang best. Tapi paling best dapat layan sunrise dan pemandangan sekeliling Gunung Bromo. Then balik hotel, sarapan dan check out tuk ke next lokasi...XPDC Kawah Ijen bakal bermula



sebelum turun dan bayar...posing jap...kuda ku lari gagah berani...bak kata Sharifah Aini
we are the champion of the world...like accomplish something


Sunday, 20 April 2014

My Journey to Mount Bromo - Part 1

Assalamualaikum...

Day 2: Penanjakan 1 - Bromo Sunraise

Alhamdulillah...bersambung kembali perjalanan aku ke Bromo. Seperti sedia maklum, salah satu tarikan di Gunung Bromo ni adalah untuk menikmati pemandangan diwaktu pagi sekitar gunung Bromo. Untuk menikmati pemandangan yang indah ini, kita perlu ke Penanjakan. Tempat ini adalah tempat yang disediakan untuk melihat matahari terbit, kami ke Penanjankan 1, setahu aku ada Penanjakan 2 tapi Penanjakan 1 lebih menjadi tumpuan ramai sebab pemadangan yang sangat indah. 

Entrance Penanjakan yang diambil on the way balik

Pukul 3.30am aku dah terpacak kat depan hotel, tapi tungu punye tunggu jeep yang nak jemput aku x sampai2 gak. Jeep2 lain dah lama gerak, biasalah ya kalau kita sharing jeep dengan tourist lain memang kena menunggu. Kalau nak best kena gi dengan member ramai2 so jeep tu sah2 untuk korang. Waktu tunggu jeep datang tu, sempat berkenalan dengan sepasang suami isteri dari Jakarta. Rupa2nya kami akan bertolak dengan jeep yang sama. 

Hampir kul4.00am baru lah kami bertolak. Seramai 6 orang semuanya dalam jeep tu dan bertolak ke Penanjakan. Seriously memang jalan yang kitaorang lalui perrghh...bersimpang siur&berliku2. Kitaorang yang kat dalam jeep ni dah macam duk dalam blanders je, terhuyung-hayang...kekiri-kekanan. Yang paling best aku lak duk depan tengah2 kat driver memang kena tahan dan pegang kuat2 la. Bukan ape kalu dibuatnya break tetiba aku la orang first yang melayang keluar. Tapi dalam kepala harap2 x de benda buruk berlaku.

Alhamdulillah...selamat tiba, tapi waktu tu dah banyak giler jeep. Terpaksa lah jeep kami diparking jauh dari Penanjankan. Perlu diiingat korang kena ingat no. plat jeep korang sebab jeep banyak gile. Lagipun waktu ni gelap gelita so itu adelah tips dari pak supir kami gak supaya x pening bila dah nak balik nanti. Waktu memula memang ingat nak jalan je, tapi bila dah jalan kedepan macam masih jauh dan penat memanjat bukitnya makin terasa. So aku wat keputusan naik motor je la sekali pergi Rp20,000 sebab aku takut terlepas tengok sunrise. 

Once dah tiba kat area Penanjakan, terlalu la ramai umat manusia dah siap berdiri kat spot masing2. Aku dah la pendek nak x nak kena la menyelit dicelah manusia lain untuk dapatkan spot yang cantik. Alhamdulillah akhirnya dapatlah aku tengok sunrise di Gunung Bromo, seperti mana gambar yang aku selalu tengok di intenet dan aku idamkan untuk melihat dengan mata aku sendiri. Apepun jom layan gambar...
Dari sudut yang berbeza
Gambar ni yang membuatkan aku jatuh cinta pada Bromo...now I'm here ^^
Indahnya seperti dalam lukisan...seriously memang indahnya ciptaan Allah Swt.
selain Bromo gunung yang paling tinggi namanya Gunung Semeru...yang lain x ingat nama ape.
suasana di pagi hari..waktu ni dah lengang

my memories in mt.Bromo




Untuk ke next destinasi, kami akan ke Kawah Bromo. My journey will be continue. Thanks for read this entry.

Saturday, 19 April 2014

Backpackers Mission Ke Gunung Bromo

Assalamualaikum...

Day 1- Surabaya-Probolinggo


Kembali menulis di blog usang ni, rasanya ni lah 1st enrty untuk tahun 2014 ni. Walaupun ada draf tapi x juga disiapkan untuk dipost. Ape pun kita sambung je la apa yang nak dipersembahkan ini. Actually aku terpanggil nak tulis entry sebab masa planning nak ke Gunung Bromo hari tu aku tercari2 info yang berguna kat intenet. So ni aku nak tambah je ape yang terkurang.


So diharap dengan info aku ni, dapatlah membantu mereka yang lain yang berhajat untuk ke Bromo. Actually tiket Airasia dah beli hampir setahun. Dalam x nak pergi sebab macam rasa takut sebab kes MH370 agak menghantui aku gak la. Tapi last2 pergi je sebab x nak bazirkan duit tiket. Ya la bila fikir balik kes kemalangan macam MH370 1 dalam 1000. Bukanlah setiap hari kita dengar kes melibatkan kapal terbang ni. So tawakkal je la semoga perjalanan nanti diberkati dan dirahmati, semoga dalam lindungan Yang Maha Esa...Amin.


Perjalanan bermula dari LCCT ke Surabaya. Flight pepagi buta, so kat dalam flight sempat juga makan Nasi lemak Pak Nasser dan membuta jap. Perjalanan lebih kurang 2.5hr. Time kat Indonesia 1 hour late dari waktu Malaysia. Dalam pukul 8.30am waktu tempatan flight mendarat dengan selamat di Juanda airport. Airport ni agak besar dan juga bersih. Rasanya ni airport baru kot. Dah sattle semua urusan imigresen aku just straight ke bas yang menunggu di depan pintu keluar airport ni.



Bas kecil yang dipanggil Damree ni akan mbawa penumpang ke Station Purabaya. Harga Damree Rp20,000, perjalan ke station Purabaya x lama lebih kurang 30min. Once tiba kat station ni sempat juga singgah beli air mineral. Untuk ke Gunung Bromo, kita perlu ke daerah Probolinggo. Memandangkan aku dah booked awal2 pakej ni dari intenet, so aku ambik pakej dari Probolinggo instead of dari surabaya...at least jimat la sikit. Korang leh la jenguk website dia bromoadventureland untuk info lanjut. Bukan ape aku gi backpacker sendiri so just buat ape yang boleh menyenangkan. Semua pun prepared last minute, lagipun nak ke Bromo agak jauh gak, so dari Probolinggo ni kira the best way.


So route perjalanan melalui seperti berikut:

Airport (damree)--->Purabaya station (Patas)--->Probolinggo station


Dari Purabaya station ambil Patas bus. Patas ni actually bus express, so jangan naik bas ordinary@henti2. Tiket Rp27,000 mahal sikit je tapi perjalanan memang selesa. Kat dalam bas sempat dengar pemuzik jalanan nyanyi2 sebelum bas start gerak. Perjalanan ke Probolinggo memakan masa 2-3jam gak la. Seingat aku dalam pukul 11.30am lebih aku sampai kat Probolinggo station. Kira awal gak dari jangkaan aku. Tunggu jap Pak Supir datang jemput then terus gerak ke Bromo. Pak supir yang datang jemput aku namanya Pak Nasyid. If korang x de wat tempahan sebelum datang pun boleh gak, leh cari je kat sekitar Probolinggo station ni, banyak je yang tawar trip ke Bromo. Harga pun lebih murah.


Tempat penginapan aku dihari pertama ni di Hotel Bromo Permai Inn. Semua dah ade dalam pakej 3D2N Tour Bromo-Ijen yang dah siap ditempah. Overall bilik semua ok la, just cuaca sejuk giler...Sewaktu perjalanan ke hotel pun hujan je, mana la x sejuk...nak2 lagi kawasan pergunungan. 


Malam just having dinner kat hotel restoran sebab nak layan wifi free. Cuaca sejuk malas nak keluar jauh. Harus diingat pakej tu hanya serving breakfast je. Lunch&dinner semua sendiri...ok!! Dah makan kenyang2 terus masuk bilik tidur awal sebab esoknya pukul 3.00am dah kena bangun. XPCD ke Bromo bakal bermula.