Wednesday, 23 April 2014

My Journey to Mount Bromo -Part 2

Asslamualaikum..

Day 2: Kawah Bromo@Bromo crater 

Masih dihari yang sama, selepas menikmati sunrise di Penajankan, jeep membawa kami ke Gunung Bromo secara lebih dekat. Kali ni kami akan mendaki tangga untuk melihat secara dekat kawah Gunung Bromo. Harus diingat gunung ni masih aktif. 

Bila dah tiba tu macam biasa gak la jeep lain dah banyak diparking kat situ. So aku dengan husband&wife dari Jakarta tu dah awal2 plan x nak naik kuda sebab budget bagus. Ingat larat la nak menapak ke atas...kami dah di offer oleh pengembala2 kuda kat situ untuk dibawa oleh kuda naik keats. Tapi dengan berlagaknya kitaorang tolak.


dalam jeep on the way ke kaki gunung Bromo
sukar diungkapkan...view memang cantik...Subhanallah indahnya ciptaan Allah swt

Ambik kau...dah separuh pendakian lutut dah mula sakit2, nafas dah mula tercungap2...penat mula terasa. Last2 dengan muka x malunya naik gak kuda yang dah membontoti kami dari tadi...Ape nak malunya aku bayar kot...hahaha. Lagipun tenaga boleh disimpan untuk buat panjat tangga ke atas nanti.

Bukan ape dah separuh jalan ni boleh la nego harga kuda murah sikit. Kalu naik awal2 dari bawah harga dalam RP145,000 siap dengan return tau. Disebabkan aku dah jalan separuh perjalanan,aku dapat nego harga RP60,000 je. Mula2 bapak yang bawa kuda tu x nak, last2 ok gak. So tips sini dah siap hantar naik atas kat area tangga tu jangan bayar lagi, turun nanti baru korang bayar kat bawah. Sebab kalu korang bayar awal2 nanti kudanya kemana tuannya entah kemana..x ke rugi tetiba kena jalan kaki sendiri turun.

Apepun jom layan gambar...





memang azab la nak sampai atas ni.
Menempel cam nak mintak sedekah lak
kalu jatuh kat bawah tu memang jadi arwah...lauk masak gulai kawah...hahaha

Last but not least...overall berpuas hati dapat layan sunrise dan tengok kawah Mount Bromo ni.
Even penat sikit tapi berbaloi la...bukan selalu tengok pemandangan gunung berapi ni...balik Msia dah x de chance. So dah habis jalan2..panjat2...sembang2 dapat juga berkenalan dengan tourist dari negara lain memang best. Tapi paling best dapat layan sunrise dan pemandangan sekeliling Gunung Bromo. Then balik hotel, sarapan dan check out tuk ke next lokasi...XPDC Kawah Ijen bakal bermula



sebelum turun dan bayar...posing jap...kuda ku lari gagah berani...bak kata Sharifah Aini
we are the champion of the world...like accomplish something


No comments:

Post a Comment