Saturday, 27 April 2013

Annyong haseyo Seoul: Day 1 - Pulau Nami

Assalamualaikum....



Bersambung kembali entry trip ke Korea tempoh hari...Alhamdulillah demam dah pun kebah cuma batuk juga selsema masih x baik gak...aku pun dah melaporkan diri semula ke office...x lupe ole2 dari Korea untuk mamber2 office. 

Malam pertama di Seoul aku decide untuk tidur kat katil kosong yang ade kat ruang tamu. Sebab katil aku dalam bilik style double decker kena lak kat atas, aku malas nak panjat...then yang paling x boleh tahan bilik kitaorang lak terlebih panas, aku x tau la heater tu dah salah adjust ke ape?? yang aku tahu bilik tu memang panas sampai nak jalan lantai pon rasa hangat2 panas...nak betulkan suis heater tu, tulisan lak dalam hangul so biarkan je...so aku gelarkan bilik tu 'neraka'...haha. Tapi time sejuk nak gak aku melepak dalam bilik tue...

Hari pertama 18hb april 2013 buka mata je terasa mcm mimpi, aku memang berada kat bumi Korea...dulu pasang impian&angan2 nak datang Korea, Alhamdulillah tercapai gak impian selama ni...lambat pun x mengapa ikut rezeki masing2...(even ade orang pernah kutuk aku jangan berangan nak gi Korea!! hambik ko!! macam orang nak mintak duit dia duk sibuk kutuk & jaga tepi kain orang!! get a life!!)...ok enough cut the crap!

Aku bangun agak awal 4.30am sebab kat Korea waktu Subuh 4.19am...pagi2 macam ni memang sejuk...so aku just bangun cuci ape yang patut&solat...mandi?? memang aku x mandi pagi sebab aku decide aku akan mandi waktu malam setiap hari sebelum tidur...salah satu sebab bilik air 1 je malas nak berebut beratur pepagi untuk mandi 18 orang kot x kuasa nak tunggu...sepanjang duk sini memang badan x berpeluh pun sebab udaranya memang sejuk&dingin.

Kami breakfast awal, pukul 7.30am dah bergerak ke subway, lokasi lawatan hari ni adalah ke Pulau Nami...yes it's different from previous itinerary we received. Supposedly on day 4th we will visit Pulau Nami, alasan ade couple nak balik awal so they change the schedule...Sabar lu bab x puas hati nak kutuk tu pada last episod! ape pun kita nikmati&hayati keindahan sekitar Seoul dan Pulau Nami.

Direction: 
Subway: Hongik University(Line2, colour hijau) --- Jamsil station, exit 4 (lebih kurang 20 station)

Keluar je kami ke bus stop berdekatan dengan Lotte World, naik bus sewa khas yang bawa kami ke jeti ferry untuk ke Pulau Nami...yang ni bukan bas awam tapi bas yang ajk backpacker dah booked...berdekatan Jamsil station ni juga terletak World cup stadium, bagi sesiapa yang teringin melawat kawasan sekitar.

Pukul 9.30am bas yang membawa kami memulakan perjalanan dari Jamsil ke jeti ferry, ia memakan masa lebih kurang sejam gak...aku x boleh tidur sepanjang perjalanan sebab excited & x nak lepas kan peluang menikmati keindahan pemandangan, lebih2 lagi sekarang ni spring time so waktu ni cherry blossom memang dah mula berkembang.

Suasana pagi di Jamsil...kenderaan  bersesak ke tempat kerje.
p/s: ignore je date kat pics sebab setting camera x betul-sekian TQ!!

Everywhere is Lotte...Lotte is a big conglomerat company in Korea 

Selepas hampir sejam perjalanan sampai gak rombongan kami ke jeti ferry untuk ke Pulau Nami, untuk sesiapa yang x tahu pasal Nami ni kena tengok drama Winter Sonata, tapi rata2 pengunjung memang dah tahu tarikan Pulau Nami ni...waktu dalam bas sempat gak aku baca skit pasal asal usul Pulau Nami ni...pengasas pulau ni sebenarnya bina pulau Nami sebab nak memelihara alam sekitar that why dia wujudkan pulau ni...overall je la...lepas drama winter sonata shooting kat sini secara x langsung menambahkan lagi tarikan pelancong untuk melawat pulau ni.

Deretan bas persiaran yang bawa pelancong

Info tiket...kitaorang x yah susah2 beratur sebab tiket memang dah ada

Nak beli tiket sila beratur

Snow man@couple kiranya macam signature karikatur kat Pulau Nami

Wah jumpa bendera Malaysia kat ferry, x pasti kenapa ada bendera2 ni...maybe ni significance
jumlah pelancong yang paling ramai melawat ke Pulau Nami...x sure??

Selepas selesai sudah aktiviti bergambar dan bahagi2 tiket maka bermula lah perjalanan kami ke Pulau Nami dengan menaiki ferry...kalau ikutkan jarak x jauh pun dari jeti ke Pulau Nami...hanyalah sekangkang kera, kalu berenang pun boleh sampai...tu kalau x takut sejuk la...tapi di sebabkan kami semua x bawa swimming suit so pakat naik ferry la ye....jarak perjalanan lebih kurang 15min je masa yang diperlukan. Waktu kitaorang beratur untuk naik ferry, kat depan kitaorang punya la ramai pelancong Taiwan&China tengah beratur gak...Jepun pun ade gak tapi 2,3 kerat je...glomur sungguh pulau Nami ni. Untuk episod Pulau Nami akan bersambung di entry seterusnya...terlalu banyak gambar nak 'tepek' sebab ade orang mabuk bergambar sakan....hahaha...itu memang harus sebab bukan senang datang jauh2!! bergambar la puas2 yerr...


P/s : Thanks for read this entry

Friday, 26 April 2013

Annyong haseyo Seoul: Departure and Arrival

Assalamualaikum....

Annyong haseyo....Alhamdulillah....akhirnya selamat pergi dan selamat kembali semula dari bumi Korea....hari ni merupakan hari ketiga sejak kepulangan aku dari Korea. Disebabkan perubahan cuaca yang mendadak aku ditimpa demam,selsema,sore throat&batuk, pakej serba lengkap menyebabkan aku dapat MC 2 hari...so x dapat la melaporkan diri ke office lagi, so duduk diam2 rehat dan tidur kat rumah je...hari ni dah pun melaporkan diri ke tempat kerje walaupun kepala still pening2 lalat.

Untuk makluman aku bertolak dari LCCT dengan penerbangan Airasia ke Seoul, pada 17/04/2013 flight 9.00am. Pada mulanya aku plan nak overnite kat LCCT je, tp disebabkan kawan rapat yang aku dah anggap macam kakak aku sendiri sudi untuk membantu, dia minta husband dia pagi2 buta hantarkan aku ke LCCT sebab dia sekarang tengah berpantang so malam sebelum bertolak aku bermalam kat rumah dia. Lagipun senang sebab aku nak tinggalkan kereta kat rumah dia, nanti ade la orang tengok2kan kereta kesayangan aku tu.

Aku bertolak ke LCCT pada 5.00am, pukul 4.00am dah bangun bersiap. Awal giler...seingat aku, aku akan bangun awal macam ni time sahur je...huhu. Macam biasa suasana pagi LCCT senantiasa busy, so aku decide gi makan lu sebelum solat subuh&berkumpul dengan group backpacker yang aku join ni....

Semua dah berkumpul,mendaftarkan kehadiran masing2, lalu bergerak la semua sekali untuk check in luggage... tetiba!! counter check in ke Seoul ditutup!! ni semua gara2 nak tunggu orang itu ini x tengok masa...counter penerbangan antarabangsa akan ditutup sejam lebih awal untuk persiapan hantar semua lugage ke cargo...Ambik ko kena marah dengan staff Airasia yang x de manners giler!! Kurang ajar nak mampus datang depan kitaorang je terus tengking marah2....macam bagus sangat!! at least tanya elok2 even kami ni salah x yah tengking marah2....setakat kerje Airasia pakai skirt merah pendek tu aku x heran la!!! nama je kerje customer service tp x de manners, baik ko gi keje kat pasar je!! mak cik kat pasar lagi ade budi bahasa...buat malu Airasia je ade staff macam sengal mcm ko ni!! jenis Melayu yang perasan bagus memang perangai x semengah betul!!!

Aku cecepat check in luggage and terus ke gate pelepasan untuk standby, malas nak layan drama kat belakang pandai2 la korang arrange..selama 6 jam kat dalam flight aktiviti aku just layan majalah travel360 airasia sambil dengar MP3, makan&tidur....orang sebelah aku tu macam malam tadi x cukup tidur dari awal duduk tidur&dekat sampai baru bangun just sembang2 jap je...dari pengamatan aku cara bercakap macam bekerja sebagai doktor...i guess^ ^then selamat sampai dalam pukul 4.10pm waktu tempatan...macam biasa aku tetiba lak wat K-drama, extra battery camera aku tercicir masa kat dalam flight gi masuk balik cari dengan stewardess kat bawah2 seat tp malang tul memang x jumpe T,T x tau dah tergolek kemana masa flight mendarat...hampeh tul aku beli bettery tu pun semata2 nak datang Korea sebab kalu suhu sejuk battery memang cepat habis....dammmd sakit hati x tau nak marah sape just maki hamun kat diri sendiri jer sebab careless!!


perrgghh...cuaca Korea memang sejuk...waktu malam leh cecah  8'c
Dengan sakit hati masih berbaki, aku terus bergegas mencari counter SRoaming antara gate 13 dan 14 kat airport ni gak, untuk ambik handphone yang aku sewa untuk beberapa hari aku stay kat korea ni...bukan ape aku x nak roaming maxis, mahu kopak aku nanti. Ape yang boleh aku katakan Incheon airport ni memang terbaik, no wonder la dapat anugerah the world best airport for 8 years straight...bersih dan segala keperluan ada disediakan disini. 


Selesai semua perkara kami bertolak dengan AREX  express menuju ke tempat penginapan kami ni area Hongik University iaitu Mr Kim Friends Guest House(exit 1)...

From Incheon Airport to Hongik University by AREX Ekspress...
biasanya KRW13300... Sekarang ada promo sehingga 31dec2013 KRW4800 kalu x silap..??

Reach Hongik University Station
Terjumpa Gong Yoo Oppa...lakonannya dalam Coffee Prince masih terpahat dihati  sehingga ke hari ni....Sementara menunggu rombongan Cik Kiah pusing balik....boleh lak diaorang x sempat keluar train.

Penginapan ni diuruskan oleh AJK yang menguruskan trip backpacker ni. Pada pengamatan aku selama stay kat sini kat guesthouse (GH) ni biasa2 je...banyak benda x best....berlambak GH yang best kat area Seoul ni... Nape aku cakap x best nanti benda yang x best akan aku ceritakan pada penghujung episod ni.

Muka pepagi bangun siap je terus berposing...muka kembang semangkuk!!
GH aku sebelah kanan...tapi bangunan kiri kanan depan tu memang GH tu punye...

Nak elak  dari lupa jalan balik GH...so ambik gambar jer...

Kami yang seramai 30 orang ditempatkan dalam GH yang berlainan, kat GH yang aku duduk seramai 18 orang, 2 bilik menempatkan 6 orang dan sebuah bilik kelamin yang menempatkan suami isteri yang budget datang nak honeymoon!! episode untuk khas untuk kutuk mengutuk dan melepaskan apa yang terbuku di sudut  hati akan disediakan pada episode akhir lawatan aku ke bumi winter sonata ni nanti.

Selepas makan malam yang ala kadar kitaorang berjalan kat area Hongik University@Hongdae ni tinjau2 ape yang menarik kat sini..maklum la dah sampai lewat so jalan dekat2 je la. Untuk pengetahuan member sebilik aku Zira, Fina dan Adah... kiranya kitaorang ni sekepala dan boleh geng la...ni mamber2 aku selama beberapa hari kat sini....yang lain tu macam biasa la geng mak cik  Kiah....yang tersangat la annoying....bab kutuk mengutuk sebab sakit hati akan disediakan ruang khas diakhir episod Annyong haseyo Korea ni...dam!!

Pada pemerhatian aku warga Korea ni teramat la fashionable, yang perempuan siap dengan heels even jalan kena mencanggah bukit&dressing pun macam x takut sejuk...pakai mini skirt selamba jerr... selain tu gak diaorang ni memang gadget freak tangan 24 jam melekat dengan smartphone...paling ketara waktu dalam subway. Bukan setakat orang muda, yang tua pun x nak kalah gak...yang muda biasanya layan sosial network...yang tua la banyak duk layan tengok TV...mungkin kat rumah x sempat tengok TV kot...and the most important is the guys are good looking&tall...ape la yang diaorang makan badan semuanya tinggi2..nak jumpe yang ketot tu memang susah...

So hari pertama kat Seoul just jalan2 and terbeli sepasang stoking yang comel berharga KWN2000 dan juga air susu pisang, seperti yang disarankan oleh mereka2 yang dah pernah menjejakkan kaki ke Korea...yum...yum sedap ^ ^
Air susu pisang...KRW1200 jer...sedap & disarankan untuk mencuba...
boleh beli kat 7-eleven@GS25 
Street stall kat area Hongdae...nampak cam sedap je makan makanan panas time sejuk...
Tapi nampak je mcm ade Cik Babs...terus x jadi

Hari pertama tiba di Seoul x de ape aktiviti yang menarik, round2 area Hongdae, balik GH and tidur...ZZZzzzZZZzZzZ ...Aktiviti pertama mengikut seperti yang terdapat pada itinerary akan menyusul pada keesokkannya ...stay tune....Ann- yong^ ^


P/S: Thanks for read this entry.

Saturday, 13 April 2013

Korea Trip: Preparation and G Dragon 1st World Tour In Malaysia(Preview)

Asslamualaikum....

Nampak nye perkara yang aku idam2kan bakal menjadi kenyataan untuk tahun 2013 ni...one of my wish nak melancong ke Korea...InsyaAllah semua yang dirancang bakal menjadi kenyataan, tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan bertolak ke bumi winter sonata tu. Even orang lain dah berpuluh kali menjejak kan kaki kesana, x pe lah itu orang lain...ikut kemampuan&kehendak diri memasing, akan tercapai sama ada cepat atau lambat...yang penting terlaksana ^ ^ percaya ke x Winter sonata pun aku x pernah khatam tengok....haha..tapi drama yang aku suka ade gak layan 2,3 kali khatam, duk asyik ulang tengok sebab best dan jalan cerita yang menarik minat aku...kehkehkeh...

Banyak perkara menarik kat sana nanti....selain tempat2 yang cantik&menarik, tarikan yang paling utama adalah artist2 K-pop yang menambahkan minat dan sebab musabab setiap orang yang nak sangat melancong ke Korea...seriously aku bukan lah peminat tegar Winter sonata...even drama ni yang dikatakan penyebabkan bermulanya era Hallyu wave bagai...bagi aku drama ni biasa2 je, aku betul2 demam K-drama bermula My Love Patzi, My Succesfull story of a bright girl, Full House& Autumn in my heart...entah la lain orang lain citarasa....^ ^ aku memang suka heroin yang stail comel&cute...lately jarang layan k-drama sebab sibuk memanjang dengan keje, layan variety show je episod yang pendek&fun to watch...yang wajib tengok setiap minggu the one and only Running Man, show yang buat aku tergelak hampir nak terguling sebab kelakar giler, yang lain Infinity challenge, we got married, Korean Master Chef etc hanya tengok episod yang aku rasa menarik je...

Preparation 
Almost 99.9% done , just tinggal packing je. Persiapan yang aku buat ala kadar  seperti kat bawah ni:

*Since musim yang aku kunjungi nanti adalah spring (suhu dijangka dalam 16'c ala2 suhu genting kot) maka dengan itu aku x perlu bersiap dengan jekat tebal bagai, so cukup sekadar Jacket sederhana tebal sebagai syarat nak cover badan dari kedinginan dan penambah gaya...huhu...Kalu terlebih sejuk tu beli je la kat sana..dengar cite sana Jacket teba kat sanal lagi murah.

*Aku akan berkampung lebih kurang dalam seminggu so pakaian secukupnya dari sekecik2 hinggalah sebesar2... bawa lah dalam anggaran tu...pepandai je lah agak, x leh bawa banyak sangat nanti barang yang diborong x de space lak dalam beg...x pepasal gi 2 beg balik jadi 3,4 beg...kena lak extra charge bagage kalu terlebih berat yang bayar sebelum ni.

*Bekalan makanan ada bawa gak skit (contohnya: nescafe 3 in 1, maggi, sambal ikan bilis, tuna, rendang semua dalam tin, termasuk gak biskut, coklat,jajan dan roti)...giler mcm banyak nak isi tembolok!!! x pe nanti leh share2....even aku dah bayar utuk trip 5D4N..aku masih perlu survive untuk tempoh 2 hari lagi...maklum lak Korea bukan senang nak jumpa tempat makan halal, kalu ade pon agak mahal. 

*Benda wajib macam pasport, duit matawang Won(ikut keperluan memasing) kalu jenis kuat shoping tu lebih baik tukar banyak awal2...rate time aku tukar (1000Won = RM2.86) OK je lah ada time rate rendah tu boleh dapat RM2.77 = 1000Won. Ni money exchange yang paling reasonable yang aku jumpe areak KL Bukit Bintang, x sempat nak tawaf semua tempat survey.
So Location money exchange tu kat Sungei Wang Plaza(LG 142-Money Line Asia Sdn) 


Last minit baru tukar duit...rasa cam kaya jap !!
*Kompas kiblat, international adaptor, buku Lonely planet for travel to Korea, penting untuk survive kat sana nanti...camera with extra battery/memory card or pendrive...senang nak nak save gambar nanti...jangan lupa gak bawa la ubat2tan..(panadol, minyak angin, ubat gastric, amaltz yoko2, ubat selsema, plaster etc) dan x lupa juga novel, komik atau majalah untuk mengisi kebosanan sepanjang 6 jam penerbangan.


Keperluan yang tersedia yang disediakan seadanya


*Untuk memudahkan berhubung nanti aku dah buat reservation Handphone sewa untuk kegunaan kat sana, mati lah nak roaming Maxis dari Msia...aku bukannye cop duit...untuk sesapa yang nak wat reservation handphone/smartphone atau wi-fi boleh rujuk kat sini ..x de lah  mati katu kat sana nanti.

*Dan itenerary visit untuk spending 2 more day kat sana nanti dan direction&map, yang ni aku buat agak2 dan cincai2 je...x pasti lah khatam ke x study subway tu...kalu dah sesat tu memang x pelik la dah nama pun  pelancong....redha je la yang penting malu bertanya sesat cari jalan...so ringan2kan mulut bertanya even komunikasi ayam dan itik sah2 akan berlaku....fikir yang ni tetiba aku stress T,T

*Last but not least ni benda paling penting antara semua iaitu tiket penerbangan..ade semua kat atas x de ni meman x sampai la jawabnya...sampai dalam mimpi je la tu pun pakai tikar terbang...zam2 ala ka zam...zaman P Ramlee...tapi paling x leh tahan tiket aku agak mahal so kalu sesapa yang pergi balik siap dengan makan semua tu bawah RM1K++ anda memang insan yang bertuah, dapat grab tiket AA time promo...so aku pejam mata dan dengan sakit hati beli je la tiket ni...no choice memandangkan trip ni ikut rombongan cik kiah seramai 30 org....dah malas nak melayan ragam, time tanya orang sekeliling aku kiri kanan macam banyak songeh sangat!! last2 aku ikut kepala aku sendiri. x nak jadikan alasan orang lain penyebab aku bantutkan impian aku ni...just follow my heart....i don't need other to fullfill my wish and my dreamzz....

*Activevate your credit card or ATM card for international withdrawal/transaction in case emergency. Untuk senang time shopping bawa gak calculator, dan pocket guide untuk exchange rate...

*Bawa lak CD artist2 K-pop kesayangan leh kejar2 untuk autograph... mane tahu nak gi stalker atau pun mana tahu gak kot2 terserempak...even kebarangkalian untuk nampak diaorang adalah 1 dalam 167892027545327899027....aku cuma nak gi skodeng artist YG Entertainment je nanti...kebetulan lak rombongan ni akan bermalam kat Kims Guest House, memang sah2 kat Hapjeong-dong dekat sangat dengan YG building ^ ^ leh refer kat sini 

Cukup lah kot preparation yang aku kira ala kadar je...selepas trip ni aku akan berjimba dan bergumbira ke konsert GD plop...aduh nape semua perkara yang nak merobek poket aku ni berlaku dalam waktu yang terdekat...Big Bang Alive concert last year bulan october OK lagi....x sangka lak konsert GD ni diaorang organise awal...huhu ape pun aku tetap bergembira keriangan....
G-Dragon to hold his first solo concert in Malaysia - G-DRAGON 2013 WORLD TOUR : ONE OF A KIND - in a one-night only performance at Stadium Nasional Bukit Jalil on 22 Jun 2013, 8pm; Concert organisers Running Into The Sun and Woohoo! Experience to release ticketing details soon!!
 (RITS lagi organizer sabor je la!!)



Tak pe la pi Korea nanti bleh la aku pi borong CD&merchandise K-pop sebab kat sini harga 2,3 kali ganda  mahal..piuuhh!! preparation untuk trip ni aku banyak jenguk dan lawat blog mereka yang dah pernah kesana...aku x pandai nak cite details sebab aku bukan terror bab2 travel ni...so persiapan pun ala kadar je...buat ape yang patut...InsyaAllah harap perjalanan dipermudahkan...Amin


P/S: Thanks for read this entry