Saturday, 27 April 2013

Annyong haseyo Seoul: Day 1 - Pulau Nami

Assalamualaikum....



Bersambung kembali entry trip ke Korea tempoh hari...Alhamdulillah demam dah pun kebah cuma batuk juga selsema masih x baik gak...aku pun dah melaporkan diri semula ke office...x lupe ole2 dari Korea untuk mamber2 office. 

Malam pertama di Seoul aku decide untuk tidur kat katil kosong yang ade kat ruang tamu. Sebab katil aku dalam bilik style double decker kena lak kat atas, aku malas nak panjat...then yang paling x boleh tahan bilik kitaorang lak terlebih panas, aku x tau la heater tu dah salah adjust ke ape?? yang aku tahu bilik tu memang panas sampai nak jalan lantai pon rasa hangat2 panas...nak betulkan suis heater tu, tulisan lak dalam hangul so biarkan je...so aku gelarkan bilik tu 'neraka'...haha. Tapi time sejuk nak gak aku melepak dalam bilik tue...

Hari pertama 18hb april 2013 buka mata je terasa mcm mimpi, aku memang berada kat bumi Korea...dulu pasang impian&angan2 nak datang Korea, Alhamdulillah tercapai gak impian selama ni...lambat pun x mengapa ikut rezeki masing2...(even ade orang pernah kutuk aku jangan berangan nak gi Korea!! hambik ko!! macam orang nak mintak duit dia duk sibuk kutuk & jaga tepi kain orang!! get a life!!)...ok enough cut the crap!

Aku bangun agak awal 4.30am sebab kat Korea waktu Subuh 4.19am...pagi2 macam ni memang sejuk...so aku just bangun cuci ape yang patut&solat...mandi?? memang aku x mandi pagi sebab aku decide aku akan mandi waktu malam setiap hari sebelum tidur...salah satu sebab bilik air 1 je malas nak berebut beratur pepagi untuk mandi 18 orang kot x kuasa nak tunggu...sepanjang duk sini memang badan x berpeluh pun sebab udaranya memang sejuk&dingin.

Kami breakfast awal, pukul 7.30am dah bergerak ke subway, lokasi lawatan hari ni adalah ke Pulau Nami...yes it's different from previous itinerary we received. Supposedly on day 4th we will visit Pulau Nami, alasan ade couple nak balik awal so they change the schedule...Sabar lu bab x puas hati nak kutuk tu pada last episod! ape pun kita nikmati&hayati keindahan sekitar Seoul dan Pulau Nami.

Direction: 
Subway: Hongik University(Line2, colour hijau) --- Jamsil station, exit 4 (lebih kurang 20 station)

Keluar je kami ke bus stop berdekatan dengan Lotte World, naik bus sewa khas yang bawa kami ke jeti ferry untuk ke Pulau Nami...yang ni bukan bas awam tapi bas yang ajk backpacker dah booked...berdekatan Jamsil station ni juga terletak World cup stadium, bagi sesiapa yang teringin melawat kawasan sekitar.

Pukul 9.30am bas yang membawa kami memulakan perjalanan dari Jamsil ke jeti ferry, ia memakan masa lebih kurang sejam gak...aku x boleh tidur sepanjang perjalanan sebab excited & x nak lepas kan peluang menikmati keindahan pemandangan, lebih2 lagi sekarang ni spring time so waktu ni cherry blossom memang dah mula berkembang.

Suasana pagi di Jamsil...kenderaan  bersesak ke tempat kerje.
p/s: ignore je date kat pics sebab setting camera x betul-sekian TQ!!

Everywhere is Lotte...Lotte is a big conglomerat company in Korea 

Selepas hampir sejam perjalanan sampai gak rombongan kami ke jeti ferry untuk ke Pulau Nami, untuk sesiapa yang x tahu pasal Nami ni kena tengok drama Winter Sonata, tapi rata2 pengunjung memang dah tahu tarikan Pulau Nami ni...waktu dalam bas sempat gak aku baca skit pasal asal usul Pulau Nami ni...pengasas pulau ni sebenarnya bina pulau Nami sebab nak memelihara alam sekitar that why dia wujudkan pulau ni...overall je la...lepas drama winter sonata shooting kat sini secara x langsung menambahkan lagi tarikan pelancong untuk melawat pulau ni.

Deretan bas persiaran yang bawa pelancong

Info tiket...kitaorang x yah susah2 beratur sebab tiket memang dah ada

Nak beli tiket sila beratur

Snow man@couple kiranya macam signature karikatur kat Pulau Nami

Wah jumpa bendera Malaysia kat ferry, x pasti kenapa ada bendera2 ni...maybe ni significance
jumlah pelancong yang paling ramai melawat ke Pulau Nami...x sure??

Selepas selesai sudah aktiviti bergambar dan bahagi2 tiket maka bermula lah perjalanan kami ke Pulau Nami dengan menaiki ferry...kalau ikutkan jarak x jauh pun dari jeti ke Pulau Nami...hanyalah sekangkang kera, kalu berenang pun boleh sampai...tu kalau x takut sejuk la...tapi di sebabkan kami semua x bawa swimming suit so pakat naik ferry la ye....jarak perjalanan lebih kurang 15min je masa yang diperlukan. Waktu kitaorang beratur untuk naik ferry, kat depan kitaorang punya la ramai pelancong Taiwan&China tengah beratur gak...Jepun pun ade gak tapi 2,3 kerat je...glomur sungguh pulau Nami ni. Untuk episod Pulau Nami akan bersambung di entry seterusnya...terlalu banyak gambar nak 'tepek' sebab ade orang mabuk bergambar sakan....hahaha...itu memang harus sebab bukan senang datang jauh2!! bergambar la puas2 yerr...


P/s : Thanks for read this entry

No comments:

Post a Comment