Assalamualaikum....
Annyong haseyo....Alhamdulillah....akhirnya selamat pergi dan selamat kembali semula dari bumi Korea....hari ni merupakan hari ketiga sejak kepulangan aku dari Korea. Disebabkan perubahan cuaca yang mendadak aku ditimpa demam,selsema,sore throat&batuk, pakej serba lengkap menyebabkan aku dapat MC 2 hari...so x dapat la melaporkan diri ke office lagi, so duduk diam2 rehat dan tidur kat rumah je...hari ni dah pun melaporkan diri ke tempat kerje walaupun kepala still pening2 lalat.
Untuk makluman aku bertolak dari LCCT dengan penerbangan Airasia ke Seoul, pada 17/04/2013 flight 9.00am. Pada mulanya aku plan nak overnite kat LCCT je, tp disebabkan kawan rapat yang aku dah anggap macam kakak aku sendiri sudi untuk membantu, dia minta husband dia pagi2 buta hantarkan aku ke LCCT sebab dia sekarang tengah berpantang so malam sebelum bertolak aku bermalam kat rumah dia. Lagipun senang sebab aku nak tinggalkan kereta kat rumah dia, nanti ade la orang tengok2kan kereta kesayangan aku tu.
Aku bertolak ke LCCT pada 5.00am, pukul 4.00am dah bangun bersiap. Awal giler...seingat aku, aku akan bangun awal macam ni time sahur je...huhu. Macam biasa suasana pagi LCCT senantiasa busy, so aku decide gi makan lu sebelum solat subuh&berkumpul dengan group backpacker yang aku join ni....
Semua dah berkumpul,mendaftarkan kehadiran masing2, lalu bergerak la semua sekali untuk check in luggage... tetiba!! counter check in ke Seoul ditutup!! ni semua gara2 nak tunggu orang itu ini x tengok masa...counter penerbangan antarabangsa akan ditutup sejam lebih awal untuk persiapan hantar semua lugage ke cargo...Ambik ko kena marah dengan staff Airasia yang x de manners giler!! Kurang ajar nak mampus datang depan kitaorang je terus tengking marah2....macam bagus sangat!! at least tanya elok2 even kami ni salah x yah tengking marah2....setakat kerje Airasia pakai skirt merah pendek tu aku x heran la!!! nama je kerje customer service tp x de manners, baik ko gi keje kat pasar je!! mak cik kat pasar lagi ade budi bahasa...buat malu Airasia je ade staff macam sengal mcm ko ni!! jenis Melayu yang perasan bagus memang perangai x semengah betul!!!
Aku cecepat check in luggage and terus ke gate pelepasan untuk standby, malas nak layan drama kat belakang pandai2 la korang arrange..selama 6 jam kat dalam flight aktiviti aku just layan majalah travel360 airasia sambil dengar MP3, makan&tidur....orang sebelah aku tu macam malam tadi x cukup tidur dari awal duduk tidur&dekat sampai baru bangun just sembang2 jap je...dari pengamatan aku cara bercakap macam bekerja sebagai doktor...i guess^ ^then selamat sampai dalam pukul 4.10pm waktu tempatan...macam biasa aku tetiba lak wat K-drama, extra battery camera aku tercicir masa kat dalam flight gi masuk balik cari dengan stewardess kat bawah2 seat tp malang tul memang x jumpe T,T x tau dah tergolek kemana masa flight mendarat...hampeh tul aku beli bettery tu pun semata2 nak datang Korea sebab kalu suhu sejuk battery memang cepat habis....dammmd sakit hati x tau nak marah sape just maki hamun kat diri sendiri jer sebab careless!!
| perrgghh...cuaca Korea memang sejuk...waktu malam leh cecah 8'c |
Dengan sakit hati masih berbaki, aku terus bergegas mencari counter SRoaming antara gate 13 dan 14 kat airport ni gak, untuk ambik handphone yang aku sewa untuk beberapa hari aku stay kat korea ni...bukan ape aku x nak roaming maxis, mahu kopak aku nanti. Ape yang boleh aku katakan Incheon airport ni memang terbaik, no wonder la dapat anugerah the world best airport for 8 years straight...bersih dan segala keperluan ada disediakan disini.
Selesai semua perkara kami bertolak dengan AREX express menuju ke tempat penginapan kami ni area Hongik University iaitu Mr Kim Friends Guest House(exit 1)...
Penginapan ni diuruskan oleh AJK yang menguruskan trip backpacker ni. Pada pengamatan aku selama stay kat sini kat guesthouse (GH) ni biasa2 je...banyak benda x best....berlambak GH yang best kat area Seoul ni... Nape aku cakap x best nanti benda yang x best akan aku ceritakan pada penghujung episod ni.
| From Incheon Airport to Hongik University by AREX Ekspress... biasanya KRW13300... Sekarang ada promo sehingga 31dec2013 KRW4800 kalu x silap..??
|
| Terjumpa Gong Yoo Oppa...lakonannya dalam Coffee Prince masih terpahat dihati sehingga ke hari ni....Sementara menunggu rombongan Cik Kiah pusing balik....boleh lak diaorang x sempat keluar train. |
Penginapan ni diuruskan oleh AJK yang menguruskan trip backpacker ni. Pada pengamatan aku selama stay kat sini kat guesthouse (GH) ni biasa2 je...banyak benda x best....berlambak GH yang best kat area Seoul ni... Nape aku cakap x best nanti benda yang x best akan aku ceritakan pada penghujung episod ni.
| Muka pepagi bangun siap je terus berposing...muka kembang semangkuk!! |
| GH aku sebelah kanan...tapi bangunan kiri kanan depan tu memang GH tu punye... |
| Nak elak dari lupa jalan balik GH...so ambik gambar jer... |
Kami yang seramai 30 orang ditempatkan dalam GH yang berlainan, kat GH yang aku duduk seramai 18 orang, 2 bilik menempatkan 6 orang dan sebuah bilik kelamin yang menempatkan suami isteri yang budget datang nak honeymoon!! episode untuk khas untuk kutuk mengutuk dan melepaskan apa yang terbuku di sudut hati akan disediakan pada episode akhir lawatan aku ke bumi winter sonata ni nanti.
Selepas makan malam yang ala kadar kitaorang berjalan kat area Hongik University@Hongdae ni tinjau2 ape yang menarik kat sini..maklum la dah sampai lewat so jalan dekat2 je la. Untuk pengetahuan member sebilik aku Zira, Fina dan Adah... kiranya kitaorang ni sekepala dan boleh geng la...ni mamber2 aku selama beberapa hari kat sini....yang lain tu macam biasa la geng mak cik Kiah....yang tersangat la annoying....bab kutuk mengutuk sebab sakit hati akan disediakan ruang khas diakhir episod Annyong haseyo Korea ni...dam!!
Pada pemerhatian aku warga Korea ni teramat la fashionable, yang perempuan siap dengan heels even jalan kena mencanggah bukit&dressing pun macam x takut sejuk...pakai mini skirt selamba jerr... selain tu gak diaorang ni memang gadget freak tangan 24 jam melekat dengan smartphone...paling ketara waktu dalam subway. Bukan setakat orang muda, yang tua pun x nak kalah gak...yang muda biasanya layan sosial network...yang tua la banyak duk layan tengok TV...mungkin kat rumah x sempat tengok TV kot...and the most important is the guys are good looking&tall...ape la yang diaorang makan badan semuanya tinggi2..nak jumpe yang ketot tu memang susah...
So hari pertama kat Seoul just jalan2 and terbeli sepasang stoking yang comel berharga KWN2000 dan juga air susu pisang, seperti yang disarankan oleh mereka2 yang dah pernah menjejakkan kaki ke Korea...yum...yum sedap ^ ^
Hari pertama tiba di Seoul x de ape aktiviti yang menarik, round2 area Hongdae, balik GH and tidur...ZZZzzzZZZzZzZ ...Aktiviti pertama mengikut seperti yang terdapat pada itinerary akan menyusul pada keesokkannya ...stay tune....Ann- yong^ ^
P/S: Thanks for read this entry.
Pada pemerhatian aku warga Korea ni teramat la fashionable, yang perempuan siap dengan heels even jalan kena mencanggah bukit&dressing pun macam x takut sejuk...pakai mini skirt selamba jerr... selain tu gak diaorang ni memang gadget freak tangan 24 jam melekat dengan smartphone...paling ketara waktu dalam subway. Bukan setakat orang muda, yang tua pun x nak kalah gak...yang muda biasanya layan sosial network...yang tua la banyak duk layan tengok TV...mungkin kat rumah x sempat tengok TV kot...and the most important is the guys are good looking&tall...ape la yang diaorang makan badan semuanya tinggi2..nak jumpe yang ketot tu memang susah...
So hari pertama kat Seoul just jalan2 and terbeli sepasang stoking yang comel berharga KWN2000 dan juga air susu pisang, seperti yang disarankan oleh mereka2 yang dah pernah menjejakkan kaki ke Korea...yum...yum sedap ^ ^
| Air susu pisang...KRW1200 jer...sedap & disarankan untuk mencuba... boleh beli kat 7-eleven@GS25 |
| Street stall kat area Hongdae...nampak cam sedap je makan makanan panas time sejuk... Tapi nampak je mcm ade Cik Babs...terus x jadi |
P/S: Thanks for read this entry.
No comments:
Post a Comment