Sunday, 26 May 2013

Annyong Haseyo Seoul : Day 2 - Myeongdong

Assalamualaikum...


Sebelum nak sambung cerita tentang trip tempoh hari ke Korea, kat sini aku nak buat sikit quick update...sape kat sini peminat tegar Running Man?? mesti ramaikan mereka2 kat luar sana peminat setia Running Man. Kalu sape x tahu ape tu Running Man?? maybe dia tu kiranya kurang mengikuti variety show dari Korea that y kurang tahu...tapi ni untuk mereka yang sememangnya dah tahu dan minat dengan Running Man, dan peminat setia Sparta Kook ade berita baik untuk anda kat luar sana....taadaaa

cepat2 jangan lepaskan peluang..showcase Kim Jong Kook kat MALAYSIA for the 1st time
Kalau nak diikutkan hati macam nak pegi sesangat even aku bukan lah bias Jong Kook dalam Running Man...tapi rasa bersalah plak sebab aku bukannya minat dia sebagai penyanyi tapi sebagai MC dalam variety show...hhhuuurmm Lagu dia pun berapa kerat je aku tahu...kalu la Jea Suk@Kwang Soo yang datang nak je aku gi meroyan jumpe diaorang...huhu.


Myeongdong

Ok lah sekarang sambung balik perjalanan dihari ke-2, lokasi terakhir ke Myeongdong...kami ke Myeongdong dengan menaiki bas no.5 dari Namsan Tower.

leh rujuk kat sini bus no.5


So memandangkan sehari suntuk berjalan perut x yah cite memang lapar giler...so aku dah study sesikit tempat yang boleh kitaorang makan kat area Myeongdong..iaitu Hea mul@seafood. Kedai ni mengajikan makanan seafood x silap aku sajian tu namanye nak.chi bok.kum kalu melayunya lebih kurang sambal sotong. Seriously agak pening nak cari lokasi ni sebab sign board dia semuanya in Hangul. Direction yang aku print dari internet pun x clear sesangat. So aku ajak bebudak travel ni ikut dan redah dan agak2 je la...so they all just follow my instincts.


Alhamdulillah berpandukan instincs aku yang agak2 betul x betul aku decide ni  lah kedainya...semuanya berpandukan poster kat luar kedai tu...sebelum tu direction untuk ke area kedai ni lebih kurang macam ni je.
  1. ambil lorong depan dengan shopping complex SPAO 
  2. Then masuk satu lorong kecik kat sebelah kanan (sorry x ingat lorong ke kanan no berapa...)
  3. lepas masuk lorong tu jalan straight je
  4. then follow je macam gambar kat bawah ni, tengok dari luar maka itu lah kedainya...tempat tu memang dekat area simpang 4...GOOD LUCK!!


ini adalah kedai nya di tingkat-2..tengok kat atas tu ada gambar seafood...kedai ni famous sebab banyak station tv pun penah datang..MBC,SBS,KBS dan chanel2 lain
kedai hea mul@nak chi ni sebelah Artbox kedai accesories
panduan penting gak ..kedai ni dekat dengan area simpang 4.
kalu berdiri berhadapan depan kedai akan nampak cafe ni...sebelah kiri sebaris kedai ni.
kedai cosmetics product Nature Republic bertentangan
dengan kedai Hea mul@Nak chi ni
Alhamdulillah tekaan aku memang tepat...diaorang semua memang depend pada aku sebab they all have no idea about this place also semua pon tengah lapar...so sebab aku dah buat skit study tu yang boleh agak sikit2. Dah tanya kat kaunter depan maka kami semua terpaksa tunggu sebab customer ramai sangat time dinner...lebih kurang 15 min baru la dapat masuk.

ni menu dia...kalu masuk tengok menu macam ni betul la ni adalah kedainya
menu yang tersedia...tapi x tahu baca aku just cakap nak nak-chi bok kum...kye.ran-tchim(steam egg) dan pap (nasi putih)...sidedish yang tersedia salad&sejenis ubi jeruk yang sememangnya sedap x terkata...

tada...this is our dish...yum..yum memang sedap hingga menjilat jari
ekceli aku x boleh makan pun daun pudina tu...sebab sotong tu jer  sampai nak mendidih kepala otak  sebab pedas sangat!!
seriously memang pedas giler sotong ni...makan sampai berpeluh bagai  siap air hidung semua pun keluar...memang  pedas giler even order yang normal spicy jer...
orang Korea memang obses dengan makanan pedas...pedas pun ada level tertentu...dinasihatkan kalu x tahan pedas tu order je la yang biasa punye...kiran yang normal spicy je...sebelum makan tunggu dulu sotong tu masak ya...
excited betul nak makan ni^ ^
Ekceli aku x shopping ape2 pun kat Myeongdong ni, just dinner je sebab aku dah plan nak datang balik sini sementara aku akan spend 2 hari lagi kat sini. Pada pandangan aku area Myeongdong dipenuhi fasyen2 terkini untuk muda-mudi, suasana dan vibe tempat ni memang kena dengan citarasa aku berbanding dengan Namdeamun. Sebab Namdeamun ni lebih kepada market yang aku ni memang x suke tempat yang terlampau crowded. Myeongdong pun still crowded tapi atmosphere dia lebih ok. Kat sini gak ada satu shopping centre underground. Yang tu aku jumpe sebab otw nak gi toilet so sempat la jenguk2 kedai yang jual CD K-pop..huhu alamaknya ibarat buku bertemu ruas la jawabnya. Aku memang dah target datang Korea nak beli beberape CD/DVD yang baru je released sebab dah survey harga kat Msia memang la mahal..biasalah dah nama pun kat homeland, kalu nasi lemak kat Msia memang la murah cuba ape kalu makan kat Landon x ke mahal.

Dah siap makan&sempat lagi cari toilet lagi tinggalkan khazanah sikit...sebab sakit perut makan sotong pedas punye pasal memang x tahan. Untuk orang yang x tahan pedas macam aku disarankan x yah makan, lagi tuk orang yang allergic seafood cari lah alternatif lain. Pada aku pedas pun aku belasah je...lepas makan kitaorang just duduk2 tunggu yang lain sebab masa pun dah x banyak nak kena gerak balik ke GH.


sambil lepak sempat snap gambar..cube tengok  apekah faktor aku snap gambar ni??
huhu x lain x bukan...BIG BANG

moh la kita kembali ke pangkal jalan....
balik GH dengan subway plak

Direction dari Myeongdong ke Hongik Universiti
  1. Dari Myeongdong station from exit 6 ke 
  2. Dongdeamun History&Culture park(transfer)
  3. Transfer Hongik University line-2 colour hijau
  4. exit-1
Dah sampai guest house pengsan...terus ZZZZzzz...sambung next entry untuk hari ke-3.




P/s : Thanks for read this entry.


Saturday, 25 May 2013

Annyong Haseyo Seoul : Day 2 - Namsan Tower@Seoul Tower

Asslamualaikum...



Dari entry lepas aku cuba sedaya upaya gak nak menghabiskan entry pada hari ke-2...tapi kekangan masa membuatkan aku perap draft macam pekasam. Aku dah karang tapi x de idea di tambah office aku sekarang tengah kekurangan staff...so setiap orang memang overload keje, jadi aku memang x de masa nak curi2 sambung karang balik. Tup2 aku cecepat postkan new post untuk hari ke-2 selang sehari. 

Part 3 masih dihari ke-2,  kami semua dah bergerak ke Namsan Tower, kalu x tahu macam ne nak ke Namsan Tower dari Iteawon sila refer sini aku ada bagitau direction untuk ke sini pada entry lepas. Ada banyak cara nak kesini, tapi tu ikut dari arah mana kalian datang, so sila rujuk travellog macamne blogger2 tegar yang penah datang kesini.

Seriously memang naik bengkak kepala lutut aku, dari bus stop Namsan Tower kami berjalan kaki ke atas..memang mencabar fizikal&mental!! Bukan ape bile sehari suntuk berjalan dari pagi, ditambah berat dengan plastik barang2 shopping tetiba lak kena jalan mengcanggah naik bukit memang buat keje bodoh la!! so pada orgenanizer dalam cerdik ada gak part yang kurang cerdiknya...sekian!!

ini bukan teknik kamera...tapi ni la sudut kecerunan sepanjang jalan
 menuju ke Namsan Tower

walaupun penat...aku cuba menhadiahkan senyuman semanis
mungkin&dengan mood sehappy mungkin sebagai koleksi peribadi
Namsan Tower akhirnya didepan mata...aku tahu pasal tower ni lepas tengok drama  Boys Oer flower...Ala...yang 1st time Jang Di dating dengan Jung Pyo...siap tertidur dalam kabel car lagi...kui..kui ^ ^


Dah tiba kat sini kitaorang beli tiket sendiri...organizer tolong bawa untuk tengok  dari luar je, tiket yang aku ambik KRW9,000. Ini just gi sky deck je tengok pemandangan sekitar kota Seoul. Ada lagi pekej tiket lain, seperti Teddy bear museum...tapi aku lupakan je sebab mahal nak mampus!! setakat masuk tengok teddy bear baik ko gi shopping complex@gift shop pi tengok teddy bear puas2, x yah bayar duit pun...kalu nak nak baru bayar. Selepas menaiki lift yang dilengkapi teknologi space overview highspeed(suka2 buh nama sendiri...) tup2 kami dah tiba kat area sky deck Namsan tower...wah sugguh canggih&pantas seperti kilat....ibarat diri bergerak dalam halaju cahaya...huhu


sekitar bandaraya Seoul... kepadatan penduduk Korea adalah 2-4 kali ganda dari Malaysia...kiranya kita ni x sampai 2/3 Korea kot sebab Malaysia ni kecik je!
aku congak dan...main agak2 sendiri...sebab populasi dia memang besar.

kalu sesapa nak pakai teropong ni...sila bayar KWN500...harap maklum!
 x de benda free kat dunia ni!...entah ape yang aku tengok pon aku x tau...mcm blur2 je

Tak ade aktiviti ape sangat pun kat atas ni just tengok pemandangan kota Seoul dari sudut yang lebih tinggi...jom layan gambar^ ^


cenderahati yang teramat la mahal...x yah beli tengok je...sebab x cantik sangat pun

kat Korea...kat ceruk mane pon akan jumpe cafe...alangkah bagusnya kalu Msia pun mcm ni....x de la nak harap kat area shoppoing complex@area bandar2 besar jer...even vending machine tuk minum coffe pun merata2 kat subway station...budaya minum coffee memang dah sebati dengan masyarakat diaorang...aku sebagai peminat coffee tegar ni memang la rasa excited...


padlock...kalu sesapa gi wat bisness jual mangga kunci confirm laku...

tulis la kata2 cinta...dengar cite cinta tu blh berkekalan...entah betul entah x??
x yah terikut memang syirik...x de benda yang kekal kat dunia ni!!


tetiba aku teringat Running Man...x silap masa episode dengan Seven&Dambi
sebagai guest...Lupe lak episode berapa..tapi mereka ade buat mission kat sini




Selepas puas pusing2...posing tangkap gambar serta dah puas tengok keadaan sekitar, aku just beli coffee dan duduk lepak2 je...sementara tunggu mereka yang lain. Dah naik bengkak kaki sehari suntuk berjalan. Pada aku kalu datang Korea ni cukup sekali je la datang Namsan Tower...x de ape pun sangat, banyak lagi tempat menarik yang boleh diterokai kat area Seoul mahupun Korea secara amnya...ceh2 ayat macam ayat cikgu BM plak...kalu terasa macam nak gi tower2 tinggi macam ni, gi je la KL tower! lagi bagus majukan sikit industry pelancongan Msia. Itu pada pandangan aku je, ape pun ikut taste masing2...aku ni jenis malas nak feeling lelebih. Cukup syarat je, kalu orang tanya dah gi Korea pernah pegi Namsan Tower??...so aku boleh bagi jawapan pernah la...^ ^


suasana diwaktu petang...kat Seoul sunset lebih awal

pagoda ni la tempat Running Man buat mission

Struktur&ukiran traditional Korea..

Waktu malam dekat Seoul tiba lebih awal, kalu pukul 6 petang tu memang dah hampir gelap dah. Sebab awal sejam waktu dari Malaysia sunrise awal, maka sunset pun awal gak la. Waktu yang dah semakin senja ditambah angin yang dingin dan sepoi2 bahasa oooiii...memang best la, kecuali kepenatan yang x terkata hebatnya. Selepas tu kami mula bergerak ke lokasi terakhir untuk hari ke-2 lawatan iaitu Myeongdong. Stay tune untuk sambungan the last part untuk hari ke-2.

Posing itu wajib sebagai kenang-kenangan

capture pics from back view adalah trade mark yang harus dibuat


P/s : Thanks for read this entry

Sunday, 19 May 2013

Annyong Haseyo Seoul : Day 2 - Iteawon (Seoul Mosque)

Assalamualaikum...


Dari entry sebelumnya aku dah ceritakan perjalanan kami dari pasar Namdeamun mula bergerak ke Iteawon

Iteawon (Seoul Masjid)

Direction : from (Line4-colour biru)-Hoehyeon station---Samgakji (transfer) ke line Bonghwasan colour coklat --- Iteawon  (exit-3)





Waktu kami tiba kat Iteawon, waktu tu adalah hari Jumaat(19/04/2013) dan ramai golongan lelaki Muslim yang tinggal kat Korea baru selesai solat Jumaat, dan dalam perjalanan pulang ke destinasi memasing. Jalan menuju ke masjid agak sibuk, selain jalannya yang agak berbukit sememangnya mencabar diri, terutamanya kaki dan lutut. Ibaratnya nak tercabut kepala lutut ditambah  dengan berat dengan bawa barang shopping lagi.


jalan yang memang berbukit...adoii sakit lutut@,@


Masa dalam perjalanan tu memang boleh tengok macam 2 colour masyarakat Islam keluar dan sama2 berkumpul pada satu tempat. Bukan setakat orang Malaysia, malah muslim dari negara Arab dan muslim Seoul turut berada di situ...sebagai seorang muslim memang cukup berasa bangga, agama Islam juga terpelihara di kota Seoul. Walaupun populasi masyarakat Islam di Korea bukanlah besar tapi ia cukup bermakna sebab secara x langsung syiar Islam turut tersebar dinegara yang cukup maju dan dihujani dengan populariti music K-pop ini. 

Seoul Masjid...syiar Islam bertapak dibumi Korea
sebahagian Muslim di Seoul...berbagai2 kaum berdiri diatas satu  iaitu syiar Islam


suasana didalam masjid...ruang solat wanita diatas


Masa yang diluangkan kat Masjid seoul x lama, sebab kami perlu bertolak ke Namsan Tower plak...selepas makan tengahari bekalan yang dibawa kami terus bergegas solat Zuhur dan bergerak ke next location.

Seriously aku agak kecewa sebab x sempat menikmati suasana Iteawon, malah x sempat nak menikmati makanan kat restoran halal yang terdapat disitu T,T Ini adalah kelemahan bila kita bergerak dalam kumpulan yang besar serta schedule lawatan yang tight. InsyaAllah umur panjang&rezeki lebih nanti aku akan berkunjung semula kesini.  


halal food mart...leh la kalu ngidam nak makan daging halal kat Seoul...tapi  mesti mahalkan untuk dapatkan bekalan daging halal...not sure??

malay/indonesian restaurant...untuk mereka yang rindukan malay taste
tetiba aku terasa nak buat bisness mkn2 kat Seoul...jual nasi lemak ok pe^ ^

x sempat mkn kat Muree restaurant...the one&only restaurant
yg served the halal korean food
kedai kebab yang agak famous kat Iteawon...Pasha kebab


Namsan Tower

Direction : Bus stop depan Hamilton hotel naik bas no 3---Namsan Tower 



Leh rujuk route bus no-3 kat sini
jumpe GD berhampiran bus stop kat depan Hamilton hotel...cosmetic shop THE SEAM^^
posing sebagai bukti dah pernah sampai Iteawon
Macam biasa la naik bas ni pun ke guna T-money gak, masa naik touch sekali&masa turun pun touch gak...harga berapa aku x ingat sebab x tengok sangat sebab penat x terkata...bersambung next entry untuk Namsan Tower.


P/s : Thanks for read this entry.