![]() |
| Novel yang x rugi untuk dimiliki...penulisan menarik dan jalan cerita yang bagus. |
Assalamualaikum....
Rasa dah lama x mengupdate pape kat sini...almaklum lah x de pape menarik yang nak dikongsikan. Walaupun post untuk trip ke Korea Annyonghaseyo aku tu masih belum habis lagi, dah sampai nak habis tahun dah...kalu buat gaya setahun wat trip makan angin 3,4 kali mahu makan tahun baru habis update blog...haha rajin kan aku ni!!
Ok lah...untuk uuoollss kat luar sana yang kaki drama Melayu mesti sekarang tengah demam drama Love You Mr.Arrogant...kan?? Aku pun sama gak...we are in the same ship ^,^ sejujurnya aku bukan la kaki drama x kisah la drama Melayu ke ape, actually memang bukan la!! sebab aku ni jenis malas nak melayan.
Tapi aku suka layan variety show Korea sebab benda tu buat kita gelak untuk hilangkan stress dan habis macam tu je tuk sesatu episode, then next week tukar topik/game/guest atau benda lain dengan mengekalkan konsep show tu. Dengan kata lain variety show bukan benda yang berangkai sampai kita x sesabar nak tunggu sambungan the next episode....just kita ternanti2 nak tahu ape benda yang menarik next week.
Tapi aku suka layan variety show Korea sebab benda tu buat kita gelak untuk hilangkan stress dan habis macam tu je tuk sesatu episode, then next week tukar topik/game/guest atau benda lain dengan mengekalkan konsep show tu. Dengan kata lain variety show bukan benda yang berangkai sampai kita x sesabar nak tunggu sambungan the next episode....just kita ternanti2 nak tahu ape benda yang menarik next week.
Seingat aku the last drama Melayu yang aku duk minat habis melekat macam gam kat tv adalah drama Nora Elena slot akasia...x silap aku drama tu pun dalam 2 tahun lepas. So dalam tempoh tu memang aku jarang layan drama Melayu kat tv, bukan Melayu je Korea ke Jepun ke aku x layan sangat...kalu tengok pun macam2 gitu je. Nak feeling excited lelebih memang x de. Drama Nora Elena ni diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci karya asal Meen Zulaikha.
![]() |
| lokanan mantap Siti Saleha sbg Nora Elena&Aaron Aziz sbg Seth Tan |
So baru2 ni demam melanda aku kembali, aku ni kalu bab novel diadaptasi ke drama/filem memang suka je layan...tapi aku bukan kaki novel pun just baca once orang cakap/dengar novel tu best then baru terhegeh2 pi kedai buku beli then baru nak baca...pendek kata memang x up to date langsung!
Masa balik kampung raya haji hari tu baru la aku perasan bila tengok kakak aku dan anak buah aku duk sibuk2 nak layan drama ni petang2...
![]() |
| Slot akasia ni memang ade je jodoh dengan aku... pandai gak tv3 tayang drama yang best tuk slot akasia ni. |
So aku pun tetiba terjebak gak, waktu tu dah masuk episode 12 dah. Memang banyak benda faham lah sebab x tahu hujung pangkal almaklum lah sebab dah masuk separuh episode. Aku mula duk soal siasat anak buah aku itu ini kenapa/mengapa/bagaimana?? Disebabkan aku x berpuas hati dengan jawapan diaorang, balik je dari bercuti aku ke kedai buku dan dalam masa ke tonton.com.my layan balik episode lepas2...hah puas hati aku!! Bayangkan aku leh khatam baca novel ni dalam masa sehari je...pendek kata makan, minum,rehat,nak tidur,masuk toilet tangan aku melekat je dengan novel ni...memang gigih giler hasilnya dalam sehari je habis baca!
So antara sebab drama ni boleh menarik ramai peminat drama2 tempatan adalah:
- Lakonan bersahaja dari pelakon yang membawa kan watak Zaara dan Irham ni memang nampak hidup dan natural, aspecially Zaara. Sejujurnya aku x pernah kenal sape pelakon ni Zaara Zya ni, tapi bila difikirkan balik macam pernah tengok tapi x tahu drama ape...lakonan dia memang nampak bersahaja dan mimik muka&body languange dia memang bagus. Azlee Khairi ni muka memang familiar kat tv tapi sebab kurang tengok drama melayu sebelum ni, so kurang pasti lakonan dia macam mane...Bila dah follow drama ni aku boleh kata mereka berdua memang pelakon yang berbakat&chemistry mereka dalam drama ni memang hidup.
- Pelakon tambahan yang menghiasi drama ni sebagai pelengkap jalan cerita juga memang menarik. Dari watak Fizz lakonan Anzalna pun nampak natural dan serasi dengan Zaara, memang nampak chemistry mereka sebagai best friend kat drama ni. Tidak lupa juga Hadry sepupu Irham lakonan Keith Foo ni pun nampak hidup. Aku tertanya2 dan khuatir gak boleh ke si mamat Keith Foo ni berlakon dengan slang Melayu Msia??...sebab pernah tengok dia banyak berlakon dalam sinetron je!! Alhamdulillah sangkaan aku meleset dan lakonan dia x mengecewakan. Dah nama pun orang Msia..ape la aku ni!! Watak seperti Sheery lakonan Haniz Suraya yang gediksnya memang x leh blah and wat orang meluat2...maksudnya lakonan dia manjadi la tu...paling x tahan tengok lipstik merah/pink menyala tu memang masuk dan kena dengan watak dan jalan cerita. Paling x tahan lipstick purple Norish Karman a.k.a mama Irham memang menampakkan ibu mertua yang kejam...memang rasa geram dan meluat2!!! so overrall pemilihan pelakon memang terbaik!
- Tanpa pengarah dan produksi yang bagus rasanya x lengkap drama ni.Tahniah untuk semua... Tapi penghargaan dan pujian x terhingga adalah pada penulis asal novel Love You Mr.Arrogant ni Aliesha Kirana. Sejujurnya karya penulisan beliau aku boleh katakan kena dengan jiwa aku yang berdarah muda ni(eecehceh muda la sangat!!) nampak santai&sempoi&bersahaja...aku jarang layan novel sebab aku paling x tahan dengan ayat jiwang2 yang ade kalanya meleret2...itu salah satu sebab aku baca novel memang x mampu untuk habis...banyak novel yang aku pernah baca sebelum ni aku hanya berhenti separuh jalan je...Thay y aku buang minat aku dalam dunia baca novel...so aku akan layan majalah atau komik je. Novel once bila perlu. Mungkin umur penulis yang lebih muda dari aku, so aku boleh gigih baca novel ni dalam masa sehari...memang rekod ni!! x pernah terjadi dalam hidup aku boleh khatam novel dalam masa sehari...hahaha...agak2 leh masuk World rekod x??
- Jalan cerita memang menarik, dengan kata lain ade certain2 scene/plot tu memang relevent dan dekat dengan kehidupan kita seharian. Tak lupa juga lagu2 yang menghiasi drama ni juga best. Ape pun tahniah&kodus untuk team Love You Mr Arrogant.
jom layan lagu Nomad-tetap menantimu...OST Love You Mr. Arrogant
ingatkan lagu indon rupanya artist Msia
Untuk uuoollllss semua peminat drama Love You Mr Arrogant ni masih ada lagi 2 minggu episode yang akan bersiaran sebelum berakhirnya drama ni...dan buat peminat2 drama ni tapi masih belum memiliki novel ni cepat2 la ke book store berdekatan, percaya lah novel Love You Mr.Arrogant ni memang x rugi untuk dimiliki sebagai koleksi. Kat MPH banyak dah habis dan masih menunngu order dan aku dengar masih dalam cetakan...wah punye lah laku Boleh cari kat kedai buku yang lebih kecik sebab diaorang masih ade stock. tetiba wat promo...arrgh x salah pun kalu benda yang best kita kongsikan bersama.
Ape pun mesti uuoolllss yang x baca novel ni mesti feeling excited dan x sesabar nak tengok the next episode kan?? adekah Zaara dan Irham dapat menerima antara satu sama lain?? adekah Irham akan berkahwin dengan Sherry?? Bagaimana dengan Datin Maryam, dapatkah beliau menerima Zaara?? Siapa Safiyya?? Bagaimana hubungan Fizz dan Hadry?? Terlalu banyak persoalan yang ternanti2 oleh peminat kat luar sana. Nantikan sambungan dan kesudahan drama Love You Mr.Arrogant ni! so uuuooolllsss must keep watching&support the local drama...
P/s: Thanks for read this entry!



No comments:
Post a Comment