Wednesday, 23 April 2014

My Journey to Mount Bromo -Part 2

Asslamualaikum..

Day 2: Kawah Bromo@Bromo crater 

Masih dihari yang sama, selepas menikmati sunrise di Penajankan, jeep membawa kami ke Gunung Bromo secara lebih dekat. Kali ni kami akan mendaki tangga untuk melihat secara dekat kawah Gunung Bromo. Harus diingat gunung ni masih aktif. 

Bila dah tiba tu macam biasa gak la jeep lain dah banyak diparking kat situ. So aku dengan husband&wife dari Jakarta tu dah awal2 plan x nak naik kuda sebab budget bagus. Ingat larat la nak menapak ke atas...kami dah di offer oleh pengembala2 kuda kat situ untuk dibawa oleh kuda naik keats. Tapi dengan berlagaknya kitaorang tolak.


dalam jeep on the way ke kaki gunung Bromo
sukar diungkapkan...view memang cantik...Subhanallah indahnya ciptaan Allah swt

Ambik kau...dah separuh pendakian lutut dah mula sakit2, nafas dah mula tercungap2...penat mula terasa. Last2 dengan muka x malunya naik gak kuda yang dah membontoti kami dari tadi...Ape nak malunya aku bayar kot...hahaha. Lagipun tenaga boleh disimpan untuk buat panjat tangga ke atas nanti.

Bukan ape dah separuh jalan ni boleh la nego harga kuda murah sikit. Kalu naik awal2 dari bawah harga dalam RP145,000 siap dengan return tau. Disebabkan aku dah jalan separuh perjalanan,aku dapat nego harga RP60,000 je. Mula2 bapak yang bawa kuda tu x nak, last2 ok gak. So tips sini dah siap hantar naik atas kat area tangga tu jangan bayar lagi, turun nanti baru korang bayar kat bawah. Sebab kalu korang bayar awal2 nanti kudanya kemana tuannya entah kemana..x ke rugi tetiba kena jalan kaki sendiri turun.

Apepun jom layan gambar...





memang azab la nak sampai atas ni.
Menempel cam nak mintak sedekah lak
kalu jatuh kat bawah tu memang jadi arwah...lauk masak gulai kawah...hahaha

Last but not least...overall berpuas hati dapat layan sunrise dan tengok kawah Mount Bromo ni.
Even penat sikit tapi berbaloi la...bukan selalu tengok pemandangan gunung berapi ni...balik Msia dah x de chance. So dah habis jalan2..panjat2...sembang2 dapat juga berkenalan dengan tourist dari negara lain memang best. Tapi paling best dapat layan sunrise dan pemandangan sekeliling Gunung Bromo. Then balik hotel, sarapan dan check out tuk ke next lokasi...XPDC Kawah Ijen bakal bermula



sebelum turun dan bayar...posing jap...kuda ku lari gagah berani...bak kata Sharifah Aini
we are the champion of the world...like accomplish something


Sunday, 20 April 2014

My Journey to Mount Bromo - Part 1

Assalamualaikum...

Day 2: Penanjakan 1 - Bromo Sunraise

Alhamdulillah...bersambung kembali perjalanan aku ke Bromo. Seperti sedia maklum, salah satu tarikan di Gunung Bromo ni adalah untuk menikmati pemandangan diwaktu pagi sekitar gunung Bromo. Untuk menikmati pemandangan yang indah ini, kita perlu ke Penanjakan. Tempat ini adalah tempat yang disediakan untuk melihat matahari terbit, kami ke Penanjankan 1, setahu aku ada Penanjakan 2 tapi Penanjakan 1 lebih menjadi tumpuan ramai sebab pemadangan yang sangat indah. 

Entrance Penanjakan yang diambil on the way balik

Pukul 3.30am aku dah terpacak kat depan hotel, tapi tungu punye tunggu jeep yang nak jemput aku x sampai2 gak. Jeep2 lain dah lama gerak, biasalah ya kalau kita sharing jeep dengan tourist lain memang kena menunggu. Kalau nak best kena gi dengan member ramai2 so jeep tu sah2 untuk korang. Waktu tunggu jeep datang tu, sempat berkenalan dengan sepasang suami isteri dari Jakarta. Rupa2nya kami akan bertolak dengan jeep yang sama. 

Hampir kul4.00am baru lah kami bertolak. Seramai 6 orang semuanya dalam jeep tu dan bertolak ke Penanjakan. Seriously memang jalan yang kitaorang lalui perrghh...bersimpang siur&berliku2. Kitaorang yang kat dalam jeep ni dah macam duk dalam blanders je, terhuyung-hayang...kekiri-kekanan. Yang paling best aku lak duk depan tengah2 kat driver memang kena tahan dan pegang kuat2 la. Bukan ape kalu dibuatnya break tetiba aku la orang first yang melayang keluar. Tapi dalam kepala harap2 x de benda buruk berlaku.

Alhamdulillah...selamat tiba, tapi waktu tu dah banyak giler jeep. Terpaksa lah jeep kami diparking jauh dari Penanjankan. Perlu diiingat korang kena ingat no. plat jeep korang sebab jeep banyak gile. Lagipun waktu ni gelap gelita so itu adelah tips dari pak supir kami gak supaya x pening bila dah nak balik nanti. Waktu memula memang ingat nak jalan je, tapi bila dah jalan kedepan macam masih jauh dan penat memanjat bukitnya makin terasa. So aku wat keputusan naik motor je la sekali pergi Rp20,000 sebab aku takut terlepas tengok sunrise. 

Once dah tiba kat area Penanjakan, terlalu la ramai umat manusia dah siap berdiri kat spot masing2. Aku dah la pendek nak x nak kena la menyelit dicelah manusia lain untuk dapatkan spot yang cantik. Alhamdulillah akhirnya dapatlah aku tengok sunrise di Gunung Bromo, seperti mana gambar yang aku selalu tengok di intenet dan aku idamkan untuk melihat dengan mata aku sendiri. Apepun jom layan gambar...
Dari sudut yang berbeza
Gambar ni yang membuatkan aku jatuh cinta pada Bromo...now I'm here ^^
Indahnya seperti dalam lukisan...seriously memang indahnya ciptaan Allah Swt.
selain Bromo gunung yang paling tinggi namanya Gunung Semeru...yang lain x ingat nama ape.
suasana di pagi hari..waktu ni dah lengang

my memories in mt.Bromo




Untuk ke next destinasi, kami akan ke Kawah Bromo. My journey will be continue. Thanks for read this entry.

Saturday, 19 April 2014

Backpackers Mission Ke Gunung Bromo

Assalamualaikum...

Day 1- Surabaya-Probolinggo


Kembali menulis di blog usang ni, rasanya ni lah 1st enrty untuk tahun 2014 ni. Walaupun ada draf tapi x juga disiapkan untuk dipost. Ape pun kita sambung je la apa yang nak dipersembahkan ini. Actually aku terpanggil nak tulis entry sebab masa planning nak ke Gunung Bromo hari tu aku tercari2 info yang berguna kat intenet. So ni aku nak tambah je ape yang terkurang.


So diharap dengan info aku ni, dapatlah membantu mereka yang lain yang berhajat untuk ke Bromo. Actually tiket Airasia dah beli hampir setahun. Dalam x nak pergi sebab macam rasa takut sebab kes MH370 agak menghantui aku gak la. Tapi last2 pergi je sebab x nak bazirkan duit tiket. Ya la bila fikir balik kes kemalangan macam MH370 1 dalam 1000. Bukanlah setiap hari kita dengar kes melibatkan kapal terbang ni. So tawakkal je la semoga perjalanan nanti diberkati dan dirahmati, semoga dalam lindungan Yang Maha Esa...Amin.


Perjalanan bermula dari LCCT ke Surabaya. Flight pepagi buta, so kat dalam flight sempat juga makan Nasi lemak Pak Nasser dan membuta jap. Perjalanan lebih kurang 2.5hr. Time kat Indonesia 1 hour late dari waktu Malaysia. Dalam pukul 8.30am waktu tempatan flight mendarat dengan selamat di Juanda airport. Airport ni agak besar dan juga bersih. Rasanya ni airport baru kot. Dah sattle semua urusan imigresen aku just straight ke bas yang menunggu di depan pintu keluar airport ni.



Bas kecil yang dipanggil Damree ni akan mbawa penumpang ke Station Purabaya. Harga Damree Rp20,000, perjalan ke station Purabaya x lama lebih kurang 30min. Once tiba kat station ni sempat juga singgah beli air mineral. Untuk ke Gunung Bromo, kita perlu ke daerah Probolinggo. Memandangkan aku dah booked awal2 pakej ni dari intenet, so aku ambik pakej dari Probolinggo instead of dari surabaya...at least jimat la sikit. Korang leh la jenguk website dia bromoadventureland untuk info lanjut. Bukan ape aku gi backpacker sendiri so just buat ape yang boleh menyenangkan. Semua pun prepared last minute, lagipun nak ke Bromo agak jauh gak, so dari Probolinggo ni kira the best way.


So route perjalanan melalui seperti berikut:

Airport (damree)--->Purabaya station (Patas)--->Probolinggo station


Dari Purabaya station ambil Patas bus. Patas ni actually bus express, so jangan naik bas ordinary@henti2. Tiket Rp27,000 mahal sikit je tapi perjalanan memang selesa. Kat dalam bas sempat dengar pemuzik jalanan nyanyi2 sebelum bas start gerak. Perjalanan ke Probolinggo memakan masa 2-3jam gak la. Seingat aku dalam pukul 11.30am lebih aku sampai kat Probolinggo station. Kira awal gak dari jangkaan aku. Tunggu jap Pak Supir datang jemput then terus gerak ke Bromo. Pak supir yang datang jemput aku namanya Pak Nasyid. If korang x de wat tempahan sebelum datang pun boleh gak, leh cari je kat sekitar Probolinggo station ni, banyak je yang tawar trip ke Bromo. Harga pun lebih murah.


Tempat penginapan aku dihari pertama ni di Hotel Bromo Permai Inn. Semua dah ade dalam pakej 3D2N Tour Bromo-Ijen yang dah siap ditempah. Overall bilik semua ok la, just cuaca sejuk giler...Sewaktu perjalanan ke hotel pun hujan je, mana la x sejuk...nak2 lagi kawasan pergunungan. 


Malam just having dinner kat hotel restoran sebab nak layan wifi free. Cuaca sejuk malas nak keluar jauh. Harus diingat pakej tu hanya serving breakfast je. Lunch&dinner semua sendiri...ok!! Dah makan kenyang2 terus masuk bilik tidur awal sebab esoknya pukul 3.00am dah kena bangun. XPCD ke Bromo bakal bermula.




Thursday, 19 December 2013

[Teaser]-Lee Kwang Soo FanMeeting

Assalamualaikum....

Agak lama menyepi dari update apa2 new entry...bukan busy pun tapi rasa malasnya dah melepasi paras bahaya!! Hahaha... actually no idea sebenarnya...so since I'm a big fan of Korean variety show Running Man nak x nak mahu la juga aku update new event yang just around the koner ni...


Sape yang biasa dengan RM tahu la siapa Lee Kwang Soo, dan macam mane karekter dia dalam RM. Even bermacam2 nickname yang dia ade dalam show tu, actually karekter dia juga la yang memeriahkan serta penyeri show RM.
Antaranya nickname yang senantiasa melekat kat dia adelah Kirin@Giraffe, Kwangwatar, the betrayer, Kwang potter, Asia Prince dan ade la beberape lagi. Dengan kata lain Kwang Soo adalah 'Pak Lawak' dalam RM. Honestly dia memang kelakar tahap aku rase macam bodoh pun ade, tapi ape yang dia potray just seek of the show je...but it's works and people love him. For me dia x de la famous giler kat Korea tapi i think around Asia tenggara ni dia paling famous antara other RM mamber yang lain. Buktinya masa pengambaran episode kat Vietnam sebelum ni...tu membuktikan popularity Kwang Soo dan tak semena2 Kwang Soo dapat new nickname Asia Prince.



popularity Kwang Soo...this picture proof it!


one of the best face 'idiotsm' Kwang Soo...bapoo!!



Muka malu2 kucen...



So buat peminat setia Running Man especially buat peminat Kwang Soo, yang telah lama menantikan saat untuk bertemu dengan salah seorang bintang  Running Man, inilah peluangnya. Tiket untuk fanmeeting boleh dibeli secara online melalui TicketPro atau outlet2 yang berdekatan. dan fanmeeting ini dibawakan oleh JsConcert, untuk maklumat lanjut leh check kat website JSConcertProductions.          


layout&seating plan

At first aku macam x nak pegi sebab trauma pasal cancellation Race start Running Man tempoh hari, ianya masih menghantui aku lagi...ecehceh!! Maklum la sampai sekarang pun masih lum dapat refund....so sad T_T So this time tanpa sedar aku beli gak sebab sebagai peminat setia RM especially Kwang Soo, aku kena tunjukkan support, mane tahu next time RM betul2 datang M'sia untuk pengambaran mereka. Bila dah tengok flight details Kwang Soo kat bawah ni, memang comfirm la dia datang. Tapi kali ni since aku x de budget sangat so aku just beli yang CAT1 je....ok la dari x de^^
Kalu ikutkan nak je beli yang premium tapi seluk kocek seluar $$$ macam x berapa nak ade...beli je la yang termampu ;-)







aku beli online je...2 hari received tiket melalui sky.net










Daripada yang aku tengok fanmeeting kat Singapore tempoh hari tu mcm best gak...that y aku gagahkan diri gak untuk join. Dah ajak orang2 terdekat yang minat Running Man lain...tengok gaya memang x de nya la mereka ade determination macam aku tuk pegi...biarkan mereka pada aku bertabah la demi untuk keriangan berganda   ...(pinjam tagline blogger Jenggeltrekker Life's)




So kalu nak tahu macam mane atucara@program untuk Lee KwangFanMeeting.
Leh la jenguk blog usang aku ni nanti...K chow nak sambung keje yang berbaki lagi 2 hari je kat sini.



P/s: Thanks for ready this entry.














Sunday, 27 October 2013

Race start in Malaysia-Running Man Fan Meeting Cancellation!!!

Assalamualaikum...........


Buat peminat susah mati Running Man semua....rasanya x perlu la nak buat ulasan lanjut, untuk semua peminat setia Running Man (RM) yang dah purchased ticket sebelum ni rasanya dah lama tahu pasal cancellation fan meeting ni. Aku pernah buat entry pasal lunching ticket Race Start sebelum ni.
Disebabkan bengang tahap macam nak tumbuk2 orang jer ni!! terpaksa la aku post entry nak bagi tahu 1 Msia yang kami peminat2 RM macam dah kena tipu ni!! 

impian aku dan seluruh peminat RM di Msia punah-ranah T,T

Ok dah cancel tu x pe lagi, yang jadi masalahnya & buat peminat bertambah2 bengang adalah...dah masuk 2 bulan event ni cancel sampai sekarang peminat yang dah purchase tiket masih belum dapat refund lagi!! Ko ingat duit tu turun dari langit ke?? sesenang ambik duit orang diam macam tu jerr!!  Office x beroperasi, Email x berbalas, call x berangkat...kalu respons pun sangat la sikit dengan ayat standard boleh buang dalam lubang jamban!!! yang tambah buat orang bengang!!! Tak perlu la lagi nak buat postmortem ke ape kejadah ke!!! Korean organiser dah cakap terang-terangan yang fanmeeting ni cancel...apa la yang susah sangat nak bagi balik duit kami semua!!!

Disini aku sertakan rentetan kejadian x bermoral daripada pihak pengurusan/organiser fanmeeting ni:


Sumber2 ini adalah dari Facebook page dari organiser event yang menggelarkan diri mereka BIG POCKET GROUP, korang boleh refer dengan klik link di sini (https://www.facebook.com/Bigpocketgroup88)

Dear fans, the Running Man fan meeting this 7th September 2013 will be postpone at a later date in December 2013. Currently, we're waiting for the Korean side management to reply us the exact date.

We really regret that things have turn out this way. We deeply and sincerely apologized for any inconvenience that this incident have caused.Thank you.ps: Hopefully we get the new date ASAP. Pray for the best (Big Pocket Group@4sept2013)

Dear Fans,

As far we're concern we won't say anything much or give comment on what the Korean side had announce on their Facebook. Actual announcement either cancellation and postponement should be announce by us. Currently, we're trying our best to find the solution for this matter. We can't stop them from making any announcement. On our side we're doing just based on our lawyer advice while waiting for the result and solution from the management. Hopefully there will be no more comment and another announcement from the Korean side as it is not healthy and unprofessional for them to put the blame on one side without having a recap and postmortem or discussing with us before making the announcement.

We will get back to the public as soon as we get the feedback from their side. your cooperation and understanding are highly appreciated. Another matter such as refund and so on, we will announce once we confirm everything.

Thank you

We will get back to the public as soon as we get the feedback from their side. your cooperation and understanding are highly appreciated. Another matter such as refund and so on, we will announce once we confirm everything.
Thank youWe will get back to the public as soon as we get the feedback from their side. your cooperation and understanding are highly appreciated. Another matter such as refund and so on, we will announce once we confirm everything.Thank you (Big Pocket Group@7sept2013)

 Dear fans,
For those who already purchased the event ticket, if you wish to get a refund, we will announce regarding ticket refund once we have confirmed the postponement date. We will announce the new event date as soon as possible once we have sort out everything with all parties involved. We sincerely apologized for any inconviniences. Please bear with us until we sort all matter and we're trying to settle this as soon as possible. Your understanding is highly appreciated. Thank you. Thank you.(Big Pocket Group@11sept2013)
 
Dear fans, We apologized for the delay. Please give us a bit more time before we are able to make any official announcement. Therefore, please be patient until we are able to sort out this matter. TThank you. (Big Pocket Group@2oct2013)

Bayangkan betapa kecewanya peminat2 Running Man kat Msia dengan cancellation fan meeting, termasuk lah aku sendiri. Bayangkan kami mengeluarkan duit yang banyak untuk memenuhi impian kami semua untuk berjumpa dengan Running Man member tup2 event dibatalkan!! Yang menjadi persoalan disini pihak BIG POCKET GROUP yang x bertanggungjawab ini masih terus menjual tiket pada 4sept2013, sedangkan Korean organiser iaitu Urban Works telah pun announced cancellation fanmeeting ni pada 26aug2013

 For more info or enquiry you can call our hotline at 013 201 9048. For those who no able to reach us, we deeply sorry due to back to back call from the fans... We will start to reply the email by tomorrow (Big Pocket Group@4 sep2013)

(Source: Race Start FaceBook Page) atau klik di sini 

Official announcement on Race Start Running Man fan meeting cancellation-Race Start(26 august)
Dan untuk x mengeruhkan keadaan pihak Urban Works telah mengeluarkan statement tentang sebab kenapa mereka tidak meneruskan fanmeeting ini di bawah kendalian BIG POCKET GROUP, untuk mengelakkan lebih banyak salah faham peminat kepada pihak mereka:

Race Start (6 september)
Dear Running Man fans in Malaysia. This is Urbanworks, Korea promoter of Race Start in Asia. First of all, as the promoter, we apologize to all Running Man fans in Malaysia about cancellation of the fan meeting. We do not want to disappoint fans anymore, so we announce the true story about the cancellation. We had tried to bring a successful performance to fans in Malaysia with the local promoter, Big Pocket. However, Big Pocket has violated our contract and hold up our appointed schedule. Even 20 days before the fan meeting, we could not get a lot of basic information, such as flight, hotel, insurance, approval for the performance, and promotion plan that supposedly, we should receive a month before the performance from Big Pocket. Even though we had tried to fulfill the contract to the last, Big Pocket did not accept our effort and had severed contact with us since August 24, 2013. We finally decided to cancel the fan meeting based on the contract because we could not trust the local promoter anymore. After that, we have requested for the announcement of cancellation and ticket refund from Big Pocket. However, they are still selling ticket even though they lost the right to handle this performance as local promoter. Also they posted announcement that the fan meeting is postponed on their Facebook on September 4, 2013. Not to mince matters, their announcement is totally irrelevant to our side. We have never consulted with Big Pocket regarding this matter. They still did not offer any suggestion for this problem. Please recognize that Big Pocket has never offered any solution plan about this problem to us until now.We apologize to Running Man fans in Malaysia and members, again. We try to our best continually for minimizing the damage to fans by pushing this status to local promoter, Big Pocket. Sincerely,Urban Works

 
Buat peminat2 RM kat luar sana turut merasa hampa, bengang dan marah sila lah kita sama2 buat laporan polis&aduan kepada bahagian pengguna! sebarkan dan share segala informasi supaya sikap x bertanggung jawab pihak organiser Big Pocket Group ni terbongkar dan pihak berkuasa boleh cepat mengambil tindakan!! Uuuoolllss kat luar leh gak klik sini juga memaparkan peminat yang kecewa&demanding their refund!! Bayangkan peminat luar negara dah lost berapa banyak?? bukan setakat duit untuk tiket malah duit untuk booked tiket flight, hotel&pengangkutan!! Kami masih tunggu announcement tuk refunding ni!! entah ya entak x kita tunggu dan lihat!!


P/S--->BIG POCKET GROUP!!! WE DEMANDING OUR REFUND!!!

Demam drama-Love You Mr Arrogant!!

Novel yang x rugi untuk dimiliki...penulisan menarik
dan jalan cerita yang bagus.

Assalamualaikum....


Rasa dah lama x mengupdate pape kat sini...almaklum lah x de pape menarik yang nak dikongsikan. Walaupun post untuk trip ke Korea Annyonghaseyo aku tu masih belum habis lagi,  dah sampai nak habis tahun dah...kalu buat gaya setahun wat trip makan angin 3,4 kali mahu  makan tahun baru habis update blog...haha rajin kan aku ni!! 

Ok lah...untuk uuoollss kat luar sana yang kaki drama Melayu mesti sekarang tengah demam drama Love You Mr.Arrogant...kan?? Aku pun sama gak...we are in the same ship ^,^ sejujurnya aku bukan la kaki drama x kisah la drama Melayu ke ape, actually memang bukan la!! sebab aku ni jenis malas nak melayan. 

Tapi aku suka layan variety show Korea sebab benda tu buat kita gelak  untuk hilangkan stress dan habis macam tu je tuk sesatu episode, then next week tukar topik/game/guest atau benda lain dengan mengekalkan konsep show tu. Dengan kata lain variety show bukan benda yang berangkai sampai kita x sesabar nak tunggu sambungan the next episode....just kita ternanti2 nak tahu ape benda yang menarik next week. 

Seingat aku the last drama Melayu yang aku duk minat habis melekat macam gam kat tv adalah drama Nora Elena slot akasia...x silap aku drama tu pun dalam 2 tahun lepas. So dalam tempoh tu memang aku jarang layan drama Melayu kat tv, bukan Melayu je Korea ke Jepun ke aku x layan sangat...kalu tengok pun macam2 gitu je. Nak feeling excited lelebih memang x de. Drama Nora Elena ni diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci karya asal Meen Zulaikha.


lokanan mantap Siti Saleha sbg Nora Elena&Aaron Aziz sbg Seth Tan


So baru2 ni demam melanda aku kembali, aku ni kalu bab novel diadaptasi ke drama/filem memang suka je layan...tapi aku bukan kaki novel pun just baca once orang cakap/dengar novel tu best then baru terhegeh2 pi kedai buku beli then baru nak baca...pendek kata memang x up to date langsung!

Masa balik kampung raya haji hari tu baru la aku perasan bila tengok kakak aku dan anak buah aku duk sibuk2 nak layan drama ni petang2...


Slot akasia ni memang ade je jodoh dengan aku... pandai gak tv3 tayang drama yang best tuk slot akasia ni.



So aku pun tetiba terjebak gak, waktu tu dah masuk episode 12 dah. Memang banyak benda faham lah sebab x tahu hujung pangkal almaklum lah sebab dah masuk separuh episode. Aku mula duk soal siasat anak buah aku itu ini kenapa/mengapa/bagaimana?? Disebabkan aku x berpuas hati dengan jawapan diaorang, balik je dari bercuti aku ke kedai buku dan dalam masa ke tonton.com.my layan balik episode lepas2...hah puas hati aku!! Bayangkan aku leh khatam baca novel ni dalam masa sehari je...pendek kata makan, minum,rehat,nak tidur,masuk toilet tangan aku melekat je dengan novel ni...memang gigih giler hasilnya dalam sehari je habis baca!


So antara sebab drama ni boleh menarik ramai peminat drama2 tempatan adalah:


  1. Lakonan bersahaja dari pelakon yang membawa kan watak Zaara dan Irham ni memang nampak hidup dan natural, aspecially Zaara. Sejujurnya aku x pernah kenal sape pelakon ni Zaara Zya ni, tapi bila difikirkan balik macam pernah tengok tapi x tahu drama ape...lakonan dia memang nampak bersahaja dan mimik muka&body languange dia memang bagus. Azlee Khairi ni muka memang familiar kat tv tapi sebab kurang tengok drama melayu sebelum ni, so kurang pasti lakonan dia macam mane...Bila dah follow drama ni aku boleh kata mereka berdua memang pelakon yang berbakat&chemistry mereka dalam drama ni memang hidup.
  2. Pelakon tambahan yang menghiasi drama ni sebagai pelengkap jalan cerita juga memang menarik. Dari watak Fizz lakonan Anzalna pun nampak natural dan serasi dengan Zaara, memang nampak chemistry mereka sebagai best friend kat drama ni. Tidak lupa juga Hadry sepupu Irham lakonan Keith Foo ni pun nampak hidup. Aku tertanya2 dan khuatir gak boleh ke si mamat Keith Foo ni berlakon dengan slang Melayu Msia??...sebab pernah tengok dia banyak berlakon dalam sinetron je!! Alhamdulillah sangkaan aku meleset dan lakonan dia x mengecewakan. Dah nama pun orang Msia..ape la aku ni!! Watak seperti Sheery lakonan Haniz Suraya yang gediksnya memang x leh blah and wat orang meluat2...maksudnya lakonan dia manjadi la tu...paling x tahan tengok lipstik merah/pink menyala tu memang masuk dan kena dengan watak dan jalan cerita. Paling x tahan lipstick purple Norish Karman a.k.a mama Irham memang menampakkan ibu mertua yang kejam...memang rasa geram dan meluat2!!! so overrall pemilihan pelakon memang terbaik!
  3. Tanpa pengarah dan produksi yang bagus rasanya x lengkap drama ni.Tahniah untuk semua... Tapi penghargaan dan pujian x terhingga adalah pada penulis asal novel Love You Mr.Arrogant ni Aliesha Kirana. Sejujurnya karya penulisan beliau aku boleh katakan kena dengan jiwa aku yang berdarah muda ni(eecehceh muda la sangat!!) nampak santai&sempoi&bersahaja...aku jarang layan novel sebab aku paling x tahan dengan ayat jiwang2 yang ade kalanya meleret2...itu salah satu sebab aku baca novel memang x mampu untuk  habis...banyak novel yang aku pernah baca sebelum ni aku hanya berhenti separuh jalan je...Thay y aku buang minat aku dalam dunia baca novel...so aku akan layan majalah atau komik je. Novel once bila perlu. Mungkin umur penulis yang lebih muda dari aku, so aku boleh gigih baca novel ni dalam masa sehari...memang rekod ni!! x pernah terjadi dalam hidup aku boleh khatam novel dalam masa sehari...hahaha...agak2 leh masuk World rekod x??
  4. Jalan cerita memang menarik, dengan kata lain ade certain2 scene/plot tu memang relevent dan dekat dengan kehidupan kita seharian. Tak lupa juga lagu2 yang menghiasi drama ni juga best. Ape pun tahniah&kodus untuk team Love You Mr Arrogant.
jom layan lagu Nomad-tetap menantimu...OST Love You Mr. Arrogant
ingatkan lagu indon rupanya artist Msia

Untuk uuoollllss semua peminat drama Love You Mr Arrogant ni masih ada lagi 2 minggu episode yang akan bersiaran sebelum berakhirnya drama ni...dan buat peminat2 drama ni tapi masih belum memiliki novel ni cepat2 la ke book store berdekatan, percaya lah novel Love You Mr.Arrogant ni memang x rugi untuk dimiliki sebagai koleksi. Kat MPH banyak dah habis dan masih menunngu order dan aku dengar masih dalam cetakan...wah punye lah laku Boleh cari kat kedai buku yang lebih kecik sebab diaorang masih ade stock. tetiba wat promo...arrgh x salah pun kalu benda yang best kita kongsikan bersama. 

Ape pun mesti uuoolllss yang x baca novel ni mesti feeling excited dan x sesabar nak tengok the next episode kan?? adekah Zaara dan Irham  dapat menerima antara satu sama lain?? adekah Irham akan berkahwin dengan Sherry?? Bagaimana dengan Datin Maryam, dapatkah beliau menerima Zaara?? Siapa Safiyya?? Bagaimana hubungan Fizz dan Hadry?? Terlalu banyak persoalan yang ternanti2 oleh peminat kat luar sana. Nantikan sambungan dan kesudahan drama Love You Mr.Arrogant ni! so uuuooolllsss must keep watching&support the local drama...


P/s: Thanks for read this entry!


Sunday, 6 October 2013

Annyong Haseyo Seoul -Bukchon Hanok Village

Asslamualaikum....


Bertemu kembali dalam entry trip ke Korea yang x tahu bila akan habis cite. Bayangkan pegi Korea dalam bulan April sampai october pun x habis2 update lagi...haha!! 'Rajin'nya aku. Ok lah ape pun kita sambung kembali perjalanan kat Seoul tempoh hari. Walaupun trip ni ibarat dah basi ape pun baca la kalu masih sudi...huk...huk...huk T,T



Next tempat yang aku lawati adalah Bukhon Hanok Village. Ok lah tuk sesapa yang x tahu pasal tempat ni dan nape dia leh glemer, actually ia salah satu lokasi pergambaran untuk drama Personal Taste, lakonan Lee Min Ho&Song Yee Jin...rumah Songojea...Aku ada gak beli DVD cite ni, actually drama ni biasa2 aje. Pendek kata sekali layan tengok dah cukup, x perlu ulang dah. Haha giler jahat...sebab ada banyak lagi drama yang best, pointnya tu je.



Hanok ni adalah rumah traditional, yang rarely kita boleh tengok kat bandar KL. Tapi kat Seoul mereka memang memulihara tempat2 yang ada unsur sejarah. kat Bukchon hanok ini adalah rumah2 yang boleh kata penghuninya orang2 kaya gak. Kereta yang keluar masuk memang hebat2 belaka.



Ape pun misi aku nak cari rumah Songojea tu, selain menikmati pemandangan rumah2 tradisi kat sini. Dah balik Msia dah x de dah...harap jangan terkejut la gambar2 yang ditepek hanyalah ukiran dan rupa bentuk rumah traditional masyarakat Korea saja...ape lagi layan la gambar ya...^,^









pendek kata setiap lorong memang akan ade palancong...ada kalanya boleh buat kita confius sebab semua nampak lebih kurang sama...aku sempat gak terpusing2 tempat sama gakT,T
Actually x susah nak ke sini, macam biasa pakai subway gak. Depends dari mana arah yang korang datang. Tapi Kena make sure korang  guna subway line 3( Anguk station) , exit 2 atau 3...exit ni memang dah berdekatan dengan rumah hanok ni. Keluar exit je jalan straight sampai la korang nampak farmasi, terus je then belok ke kanan. 

kalau x silap ini la farmasi tu...

ikut saja direction anda x akan sesat...good luck!
Kalau nak senang nampak kaunter informasi berdekatan tu tanya je, mereka akan bagi direction dan peta sekali. Aku pun just tanya kaunter informasi je, jangan risau staff mereka boleh berbahasa English, malah Jepun juga....sebab aku sempat dengar perempuan yang layan aku tu cakap Jepun dengan pelancong dari Jepun kat depan aku masa tunggu turn. Kat sini memang boleh tengok ramai pelancong dari berbagai pelusok negara...Mat dan Minah Salleh pun ade ramai gak. Pendek kata penghuni rumah2 Hanok ni terpaksa meletakkan papan tanda supaya pelancong yang datang melawat kawasan sekitar supaya x buat bising.


dari jauh nampak Namsan Tower...sesapa yang gigih leh la jalan kaki kesana lak...

ini dia rupa Rumah Songojea...dalam drama Personl Taste..No 43 ya ingat tue..^,^

susah gak nak cari rumah ni sebab banyak lorong...dan rupa bentuk rumah semunya lebih kurang sama je...mintak ihsan pelancong Hong Kong tolong snap gambar..maklum la saya kan dah solo travel...aku pun tolong gak snap gambar dia dan membernya...sebab kitaorang tahu nape kitaorang nak beragmbar kat sini...jangan risau boleh rujuk peta ya kawan2 kalau x jumpa.
pelancong dimana2 saja...x silap aku ade 9 camera spot untuk snap gambar view yang cantik...tapi aku malas nak berebut2 dengan orang...kat mana nampak cantik snap je...kalu sesapa yang gigih leh la cari ke9(2x) camera spot tu.

yaaahh...areumdapta!!....bak kata han hyo jo dalam Running Man(x ingat episode berapa...)


Dah habis ronda2 sekitar aku pun memulakan perjalanan balik....disebabkan seharian masih belum makan ape2 aku pun singgah la makan kat Dunkin Donut's...yang ni aku masuk sebab yakin sebab DunkinDonut's kat M'sia pun ade, yang penting yakin. Lepas makan lepak2 rehatkan kaki jap, then bergerak ke Myeongdong tuk shopping kali terakhir. Esok hari last kat Seoul memang dah x sempat, sebab nak ke Petite France...perjalanan pun agak jauh.



total 2 biji donut's&coffee = KWN 5,400..rasa sama je dengan donut kat Msia



P/S: Ade lebih kurang 2 entry je lagi nak habis..ape pun Thanks for read this entry!!